Utusan Borneo (Sarawak)

Anak yatim lelaki pindah ke bangunan sementara

-

MIRI: Anak yatim lelaki KompleksKe­bajikanHam­idah Yakub Permyjaya di sini akan berpindah ke bangunan sementara baharu dan lebih selamat sebelum penghujung April ini.

Pengerusi Exco Lembaga Kebajikan Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) Miri Kaunselor Julaihi Ahmad berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada kumpulan syarikat Green Summit Developmen­t kerana berusaha menjadikan­nya kenyataan.

“Syarikat itu melalui projek ‘Love in Action’ yang juga antara usaha dilaksanak­an di bawah tanggungja­wab sosial korporat (CSR) tampil membantu kita bagi menjayakan tujuan tersebut tanpa mengenakan sebarang bayaran.

“Kita mengadakan mesyuarat bersama jawatankua­sa kompleks dan lembaga bagi mencari jalan membantu anak-anak kita di sini khususnya lelaki memerlukan tempat tidur sesuai memandangk­an bangunan sedia ada uzur dan niat kita didengar Green Summit yang bersetuju membantu,” katanya.

Julaihi yang juga timbalan datuk bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) berkata demikian pada majlis pelancaran gotongroyo­ng ‘Love in Action’ serta majlis penyerahan kemudahan di kompleks terbabit di sini pada Sabtu lalu.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Green Summit James Hii, Pengarah Urusan Green Summit Khor Ooi Long dan Pemangku Pengurus Kompleks Kebajikan Hamidah Yakub Shamsiah Sanai Tahir.

Menurut Julaihi, gotongroyo­ng membersih kawasan projek sebagai persediaan memindahka­n anak-anak yatim lelaki ke bangunan kuarters kakitangan dan warden yang diubah suai menjadi bangunan baharu.

Bangunan menempatka­n kediaman penghuni lelaki sebelum ini sudah retak dan berbahaya menyebabka­n mereka terpaksa dipindahka­n ke asrama perempuan manakalape­nghunipere­mpuan dipindahka­n ke bangunan warden.

Jelas Julaihi, melalui projek ‘Love in Action’ melibatkan enam tandas dan dua bilik mandi bersebelah­an dengan bangunan warden sedia ada, pembinaan tangga kecemasan bangunan warden selain memulih, membaiki dan membersih blok warden terbabit.

Beliau menjelaska­n, PERYATIM sentiasa berusaha menyediaka­n tempat selesa bagi anak-anak yatim terbabit agar mereka membesar dengan suasana yang baik dan menjadi insan berguna pada masa depan.

“Walaupun bukan tempat bertaraf kelas pertama, sekurang-kurangnya memberi keselesaan kepada mereka tidur, makan dan belajar seperti rumah sendiri,” katanya sambil menambah, penghuni lelaki berpindah ke bangunan baharu itu pada 28 April ini.

Beliau berkata, usaha seterusnya ialah PERYATIM Miri merobohkan bangunan tidak selamat bagi membina kemudahan asrama lelaki satu tingkat baharu menampung sehingga 48 penghuni dan asrama baharu untuk perempuan.

 ??  ?? GOTONG-ROYONG: Julaihi (berdiri baris pertama, 11 kanan) bersama yang lain pada Majlis Pelancaran Gotong-Royong ‘Love in Action’ serta penyerahan kemudahan di kompleks terbabit, Sabtu lalu.
GOTONG-ROYONG: Julaihi (berdiri baris pertama, 11 kanan) bersama yang lain pada Majlis Pelancaran Gotong-Royong ‘Love in Action’ serta penyerahan kemudahan di kompleks terbabit, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia