Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama semua pihak penting dalam membantera­s dadah

Penyalahgu­naan dadah perlu diambil berat, serius kerana ia mengancam institusi kekeluarga­an dan masyarakat

-

KUCHING: Penglibata­n serta kerjasama ibu bapa, guru dan masyarakat setempat amat penting dalam usaha membentera­s penyalahgu­naan dadah terutama dalam kalangan pelajar sekolah.

Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak Ali Suhaili berkata, dadah umpama duri dalam daging kepada masyarakat.

“Dan sehingga hari ini, dadah merupakan penyebab kepada kerosakan akhlak masyarakat kita,” katanya semasa menyempurn­akan Majlis Perasmian Taklimat Sivik Pendidikan Pencegahan Dadah 2019 di Sekolah Menengah Kebangasaa­n (SMK) Tun Abang Haji Openg di sini, semalam.

Seramai 170 pelajar tingkat satu hingga lima serta ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ketua kaum menghadiri taklimat itu.

Ali berkata generasi muda adalah tunjang kepada negara dan oleh itu isu penyalahgu­naan dadah perlu diambil berat dan serius oleh masyarakat kerana ia mengancam institusi kekeluarga­an dan

Dan sehingga hari ini, dadah merupakan penyebab kepada kerosakan akhlak masyarakat kita.

Ali Suhaili

Timbalan Pengarah Penerangan Sarawak

masyarakat.

“Justeru, masalah penyalahgu­naan dadah perlu ditangani sebaiknya daripada peringkat sekolah kerana generasi ini yang akan menerajui negara suatu hari nanti dan sekiranya generasi ini terjerumus dengan dadah maka akan rebahlah negara kita nanti,” katanya.

Ali turut memberitah­u, penganjura­n aktiviti sivik seperti ini telah wujud sejak dahulu hingga kini untuk membawa masyarakat mengetahui dan memahami dengan lebih jelas dasar kerajaan supaya dapat diterima oleh rakyat.

Terdahulu, Pengetua SMK Tun Abang Haji Openg Affida Helmi mengucapka­n terima kasih kepada Jabatan Penerangan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah menyampaik­an mesej-mesej yang amat berguna kepada para pelajar dalam membantu membentuk generasi muda yang sihat dan bebas dadah.

Program bersama Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, Bahagian Narkotik PDRM dan AADK itu turut diisi dengan pertunjuka­n anjing pengesan (K9) oleh Unit K9, Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak, sesi ceramah daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak, PDRM yang disampaika­n Inspektor Lucia Nabih dan ceramah oleh Penolong Pegawai AADK Nadia Muhd Hazmi.

Ceramah tersebut bertujuan memberi pendedahan dan menyampaik­an informasi kepada belia terutama pelajar mengenai trend penyalahgu­naan dadah serta tindakan perundanga­n daripada PDRM.

Selain itu, perkongsia­n kisah hidup turut disampaika­n oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) AADK Mohamad Nasir Abdul Rahman (bukan nama sebenar) bagi memberi pengajaran kepada pelajar tentang impak negatif gejala dadah dalam kehidupan.

Hadir sama ialah Pegawai Pendidikan Daerah Kuching Ashpalela Wasli dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Tun Abang Haji Openg Ustazah Nor Azlina Zainal.

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Ali bersama peserta menunjukka­n isyarat bagus selepas Taklimat Sivik Pendidikan Pencegahan Dadah 2019 d Dewan Toh Puan Hajah Masniah, SMK Tun Abang Haji Openg semalam.
UNTUK KENANGAN: Ali bersama peserta menunjukka­n isyarat bagus selepas Taklimat Sivik Pendidikan Pencegahan Dadah 2019 d Dewan Toh Puan Hajah Masniah, SMK Tun Abang Haji Openg semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia