Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur edar dadah direman lima hari

-

MIRI: Seorang penganggur yang ditangkap kerana disyak mengedar dadah diperintah­kan Mahkamah Majistret di sini supaya direman lima hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Pendaftar Mahkamah Rendah Nuur Hafiza Yatim setelah membenarka­n permohonan reman dikemukaka­n pegawa penyiasat Inspektor Haryat Maginri.

Dalam permohonan­nya Haryati memberitah­u bertindak atas maklumat sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Miri diketuai Inspektor Mohamed Basheer A.G Sulaiman melakukan serbuan ke sebuah rumah di Jalan Sze Chuan 2 Off Jalan Airport di sini.

Dalam serbuan jam 6 pagi pada 18 April lalu polis menahan seorang lelaki yang berada dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah itu untuk tujuan pemeriksaa­n kerana disyak terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Polis melakukan pemeriksaa­n lanjut dalam bilik itu menjumpai sebuah beg berzip diletakkan di tepi katil. Setelah diperiksa, didapati beg tersebut mengandung­i satu peket plastik berwarna putih beris serbuk dipercayai dadah jenis ekstasi dengan berat kasar 47.56 gram.

Manakala pemeriksaa­n lanjut di ruang tamu, polis turut menjumpai satu paket plastik berwarna hitam diletakkan d atas sebuah meja kopi.

Apabila diperiksa, plastik itu didapati mengandung empat peket plastik lutsinar masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal dipercaya dadah jenis syabu dengan berat kasar 52.17 gram.

Barang disyaki dadah kemudian dirampas untuk dijadikan barang kes dan suspek ditangkap mengikut Seksyen 39B ADB 1952 serta dibawa ke pejabat BSJND Miri untuk tindakan lanjut.

Dalam permohonan lanjutnya, Haryati berkata reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek berusia 24 tahun dari Lorong 9 Taman Tunku di sini amat diperlukan membolehka­n polis menjalanka­n siasatan terperinc berhubung kes ini.

Selain itu, polis juga memerlukan masa untuk merakamkan percakapan beramaran suspek.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman selama lima hari ke atas suspek yang turut mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia