Utusan Borneo (Sarawak)

Balu bekas setiausaha sulit Najib mengaku terima RM52,680 bagi membiayai pendidikan anak

-

KUALA LUMPUR: Seorang balu kepada bekas setiausaha sulit kepada Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku menerima tiga keping cek berjumlah RM52,680 daripada Najib bagi membiayai pendidikan dua anaknya selepas kematian suaminya.

Manisah Othman, 55, isteri kepada Amirudin Mohd Baria berkata beliau menerima cek berjumlah RM13,800 pada 2015 selepas kematian suaminya pada 21 Jun 2013 akibat kanser usus tahap empat.

Semasa sesi pemeriksaa­n utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Manisah memberitah­u bahawa Najib ada melawat arwah suaminya ketika beliau dimasukkan ke Hospital Prince Court pada 2013.

“Ketika itu, Najib ada berjanji untuk membantu membiayai pendidikan anak-anak kami sekiranya sesuatu terjadi kepada dirinya.

“Namun beliau tidak menyebutka­n secara spesifik jumlah atau bila bantuan itu akan diberikan kepada kami... tetapi beliau ada berjanji,” kata Manisah yang bekerja sebagai Perangkawa­n di Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya pada perbicaraa­n kes Najib yang didakwa atas tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Muhammad Saifuddin: Puan ada terima bantuan itu?

Manisah: Alhamdulil­lah, ada

Muhammad Saifuddin: Dalam bentuk apa? Manisah: Cek Manisah berkata, beliau menerima satu cek berjumlah RM13,800 yang dimasukkan ke dalam akaun banknya dan hanya digunakan pada permulaan semester untuk pembayaran yuran kedua-dua anak lelakinya yang kini berusia 27 dan 23 tahun.

Terdahulu, Manisah berkata jawatan terakhir arwah suaminya adalah sebagai Pegawai Liason di Boustead Holdings yang ditempatka­n di Pejabat Perdana Menteri semasa Najib memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Saksi itu berkata, arwah pernah bekerja sebagai Setiausaha Sulit Najib ketika beliau memegang jawatan Menteri Pendidikan.

Semasa pemeriksaa­n balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, Manisah mengesahka­n ada menerima cek berjumlah RM9,360 pada 2013, RM29,520 pada 2014 dan RM13,800 pada 2015.

“Saya menerima ketigatiga cek itu melalui rakan sekerja arwah suami saya iaitu ‘En. Khairul’,” katanya.

Ditanya Muhammad Shafee sama ada beliau menerima bantuan lain pada 2016, saksi pendakwaan ke-12 itu berkata “tidak”.

Muhammad Shafee: Selepas suami Puan meninggal dunia, Datuk Seri Najib ada membuat aku janji kalau ada apa-apa terjadi pada arwah, Najib akan bertanggun­gjawab kepada pendidikan anak Puan?

Manisah: Setahu saya tidak ada aku janji, tetapi Datuk Seri tetap memegang janjinya dan tetap bantu biayai pendidikan dua anak saya.

Muhammad Shafee: Setuju bahawa Datuk Seri Najib mengambil berat tentang pendidikan anak-anak Puan?

Manisah: Setuju Ditanya mengenai pendidikan kedua-dua anak lelakinya, Manisah berkata anak sulungnya yang kin berumur 27 tahun dan yang bongsu 23 tahun itu masih lagi menuntut di universit kerana masalah kesihatan.

“Anak bongsu kami mempunyai masalah buah pinggang, patut sudah habis belajar, tetapi ada semester yang ‘defer’ jadi masih lag ‘drag’, kami sebenarnya nak buat ‘transplant’ (pemindahan) buah pinggang abang kepada adiknya. Oleh sebab itu pelajaran kedua-dua anak saya banyak tertangguh,” katanya.

Kepada soalan Muhammad Shafee adakah beliau ada memberitah­u Najib mengenai keadaan anaknya yang masih belum menamatkan pelajaran, saks itu berkata tidak kerana beliau tidak pernah berhubung dengan Najib mengena perkara itu tetapi melalu “En Khairul”.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung jam 12 tengah hari ini.

Ini kerana pagi in Mahkamah Rayuan dijadualka­n mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan­nya untuk mengetepik­an Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Najib yang didakwa atas 25 pertuduhan membabitka­n dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) berjumlah RM2.282 bilion.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia