Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga penjawat awam, kontraktor direman buat tuntutan palsu

-

ALOR SETAR: Tiga penjawat awam termasuk jurutera awam kanan wanita, dan seorang kontraktor direman tujuh hari bermula semalam, bagi membantu siasatan kerana membuat tuntutan palsu bernilai RM26,756, tahun lepas.

Perintah reman itu dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Setar Noor Lyana Ab Rahim.

Sumber Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah memaklumka­n, bahawa tiga penjawat awam itu dan kontraktor tersebut berumur antara 34 hingga 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM negeri di sini antara jam 6 petang dan 6.30 petang kelmarin ketika hadir memberikan keterangan masing-masing.

Sumber itu berkata tiga penjawat awam itu yang bertugas di Unit Tentera Jabatan Kerja Raya Kedah, di Sungai Petani, dan kontraktor tersebut, disyaki terlibat membuat tuntutan palsu berjumlah RM19,950 dan RM6,806 antara Mei dan Oktober tahun lepas.

“Dua penjawat awam lelaki iaitu pembantu tadbir kewangan dan pembantu kemahiran, masing-masing berusia 46, dan 34 tahun itu didakwa bersubahat dengan penjawat awam wanita itu iaitu jurutera berumur 50 tahun dalam membuat tuntutan palsu itu.

“Tuntutan palsu itu berkaitan Perkhidmat­an Latihan Kakitangan-Kursus Pemasangan Penyaman Udara dan Pengudaraa­n Mekanikal (Kediaman dan Komersial Ringan) yang mana hasil siasatan mendapati kursus ini tidak dilakukan tetapi ada membuat tuntutan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahka­n penahanan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Tiga penjawat awam termasuk jurutera awam kanan wanita serta seorang kontraktor direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes membuat tuntutan palsu bernilai RM26,756 pada tahun lepas.
— Gambar Bernama DIREMAN: Tiga penjawat awam termasuk jurutera awam kanan wanita serta seorang kontraktor direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes membuat tuntutan palsu bernilai RM26,756 pada tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia