Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga mangsa cedera parah dalam pergaduhan antara jiran

Jiran marah suami isteri membaling barang masuk ke rumahnya

-

GEORGE TOWN: Sepasang suami isteri cedera parah selepas ditikam jiran mereka dalam pergaduhan di tingkat lima Flat Padang Tembak, di sini awal pagi kelmarin, kata Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang semalam.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia 40 tahun itu cedera di dada dan perut manakala isterinya, seorang warga Indonesia, 41, luka di dada serta siku.

“Manakala jiran mereka, lelaki berusia 45 tahun, patah hidung, bengkak mulut serta pipi dan luka di jari kiri. Semua mereka dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya di sini.

Katanya siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku apabila lelaki tersebut memarahi pasangan suami isteri yang tinggal di tingkat enam flat berkenaan kerana dikatakan membaling barang masuk ke rumahnya.

Beliau berkata lelaki yang tinggal di tingkat lima flat itu tidak berpuas hati dan memarahi mereka sebelum berlaku pertengkar­an mulut serta pasangan berkenaan terus turun ke rumah lelaki berkenaan.

Che Zaimani berkata ketika pertengkar­an itu, wanita berkenaan tidak dapat mengawal kemarahan sebelum bertindak menghentak kepala lelaki tersebut menggunaka­n tin biskut, dan menolak ibu jiran mereka itu sehingga terjatuh.

Katanya berikutan tindakan wanita itu menolak ibunya, lelaki berkenaan yang ketika itu memegang pisau kerana sedang memotong buah, terus menikamnya sebelum suami wanita tersebut cuba menghalang dengan menumbuk namun berlaku pergelutan antara mereka.

“Ketika pergelutan itu, lelaki berkenaan menikam pasangan suami isteri tersebut di bahagian perut dan dada sebelum dia turut ditumbuk. Pergaduhan itu berjaya dileraikan jiran-jiran sebelum mereka dihantar ke HPP untuk rawatan,” katanya.

Beliau berkata siasatan juga mendapati pasangan itu dan lelaki berkenaan memang selalu bertengkar sebelum ini, namun kali ini sehingga mengalami kecederaan parah.

“Polis turut merampas pisau serta gunting yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kerana mendatangk­an kecederaan parah dan Seksyen 148 kanun yang sama kerana merusuh,” katanya. — Bernama

Ketika pergelutan itu, lelaki berkenaan menikam pasangan suami isteri tersebut di bahagian perut dan dada sebelum dia turut ditumbuk. Pergaduhan itu berjaya dileraikan jiran-jiran sebelum mereka dihantar ke HPP untuk rawatan.

ACP Che Zaimani Che Awang Ketua Polis Daerah Timur Laut

 ?? — Gambar Bernama ?? SAKSI RCI: Jamaluddin (kanan) bersama tiga lagi saksi baru (dari, kiri) Koperal Roshaidi Hussin, Sub Inspektor Abdul Rahman Kashim dan Sub Inspektor Zainuddin Husin pada sesi pendengara­n awam Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) berhubung penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis di Dewan Gemilang, Kompleks D, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama SAKSI RCI: Jamaluddin (kanan) bersama tiga lagi saksi baru (dari, kiri) Koperal Roshaidi Hussin, Sub Inspektor Abdul Rahman Kashim dan Sub Inspektor Zainuddin Husin pada sesi pendengara­n awam Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) berhubung penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis di Dewan Gemilang, Kompleks D, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia