Utusan Borneo (Sarawak)

RCI Wang Kelian: Pemeriksaa­n susulan temui enam rangka

-

PUTRAJAYA: Saksi ketujuh Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis semalam memberitah­u beliau menemui enam rangka manusia terbiar dan 20 struktur tanah berbentuk kubur dalam pemeriksaa­n susulan yang dijalankan di Bukit Wang Burma pada 15 Ogos 2015.

ASP Jamaluddin Shah Mohd Jawan yang kini Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, Kelantan berkata pemeriksaa­n berkenaan diketuai beliau yang ketika itu seorang Inspektor di Cawangan Khas IPD Padang Besar, Perlis bersama Ibu Pejabat Kontinjen Perlis.

“Rangka berkenaan ditemui dalam keadaan tulang yang berselerak­an di atas pelantar dalam kem yang diperbuat daripada kanvas dan kayu serta dipagari dawai kawat,” katanya.

Katanya, kem berkenaan terletak di Bukit Wang Burma, Perlis kira-kira 50 meter dari batu sempadan MalaysiaTh­ailand dan sejam berjalan kaki dari kem Wang Kelian.

Susulan penemuan enam rangka dan 20 kubur itu, beliau sendiri membuat laporan polis di Ibu Pejabat Kontinjen Perlis.

Menurut Jamaluddin Shah, hasil pemeriksaa­n, pasukan forensik mendapati 20 kubur berkenaan mengandung­i mayat.

Kem di Bukit Wang Burma merupakan penemuan terakhir daripada pemeriksaa­n susulan yang beliau lakukan selepas kem Wang Kelian ditemui pada Januari 2015, katanya yang berkhidmat selama sembilan tahun di Cawangan Khas IPD Padang Besar.

Sebelum penemuan Kem Bukit Wang Burma, Jamaludin Shah berkata pada Mac 2015, pemeriksaa­n susulan di dua lagi lokasi iaitu Genting Perah dan Taman Negara Negeri Perlis menemui 18 kem kecil.

Pemeriksaa­n susulan berkenaan dilakukan oleh Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan Cawangan Khas IPD Padang Besar bersama 69 Komando (VAT 69) Polis DiRaja Malaysia, katanya.

“Pemeriksaa­n susulan dilakukan bagi memastikan tiada kawasan terlepas daripada pemeriksaa­n dalam mencar saki-baki kem penempatan.

“Ini kerana terjemahan buku nota dalam bahasa Tha yang ditemui dalam kem d Wang Kelian pada Januar 2015 mendedahka­n terdapat kem lain di kawasan berhampira­n,” katanya.

Jamaluddin Shah dalam keterangan­nya berkata berdasarka­n pengalaman­nya, faktor kedudukan kem tahanan pendatang asing Thailand yang terlalu hampir dengan sempadan Perlis menjad punca pendatang berkenaan mencuba nasib untuk masuk ke negara ini.

“Kebanyakan pendatang asing yang saya soal siasat (ketika bertugas di Padang Besar) mengakui mereka dari kem tahanan pendatang di sebelah Thailand,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia