Utusan Borneo (Sarawak)

Inkues Adib: Isu panggil semula saksi pakar jadi topik perdebatan

-

SHAH ALAM: Isu untuk memanggil semula saksi pakar dalam inkues menentukan punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim menjadi topik perdebatan antara pegawai pengendali inkues dengan peguam dalam prosiding semalam.

Pegawai pengendali inkues Faten Hadni Khairuddin dalam hujahannya memohon mahkamah mempertimb­angkan permohonan memanggil semula saksi ke-24 iaitu pakar perubatan forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Ahmad Hafizam Hasmi, 40, yang mengendali­kan bedah siasat ke atas anggota bomba itu.

Beliau berkata mahkamah mempunyai budi bicara mengguna pakai peruntukan Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah untuk memanggil semula saksi pakar berkenaan bagi mencapai suatu keputusan adil dalam inkues ini.

“Saksi ke-24 ini penting sebab kami masih boleh tanya soalan yang akan membantu mahkamah menilai keseluruha­n keterangan dalam inkues,” katanya di hadapan Koroner Rofiah Mohamad pada prosiding di sini semalam.

Faten Hadni juga berkata pemanggila­n semula Dr Ahmad Hafizam penting sebab terdapat pertikaian pendapat dua pakar berhubung ‘mechanism’ kecederaan yang dialami Muhammad Adib yang membawa kepada kematianny­a.

Sementara itu, peguam Syazlin Mansor mewakili Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bomba dan keluarga mangsa, membantah permohonan untuk memanggil semula saksi pakar berkenaan sebab berpendapa­t semua saksi telah diberikan peluang adil dan saksama untuk memberikan keterangan.

“Sekiranya mahkamah benarkan saksi ke-24 beri keterangan rebuttal terhadap saksi (kami) iaitu terhadap saksi ke-29 (bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Dr Shahrom Abd Wahid), perkara ini akan menjadi tiada penghujung­nya.

“Ini kerana kami juga pasti memanggil saksi ke-29 bagi mempertaha­nkan teori beliau,” katanya dalam hujahan bertulisny­a.

Beliau juga merujuk kepada kes inkues kematian Teoh Beng Hock di mana pegawai pengendali inkues tidak memanggi semula dua pakar patolog yang melakukan bedah siasat pertama ke atas si mati.

“Justeru, tiada sebab perkara itu (panggil semula saks pakar) perlu dilakukan dalam kes ini,” katanya.

Rofiah kemudian menetapkan hari ini jam 10.30 pagi bag memberikan keputusan berhubung permohonan pegawa pengendali inkues itu.

Muhammad Adib yang juga anggota EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya cedera parah dalam rusuhan d tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan menghembus­kan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia