Utusan Borneo (Sarawak)

Mujahid, Hadi kutuk insiden letupan di Sri Lanka

Serangan bukan sahaja membangkit­kan kemarahan tetapi turut menyebabka­n kebencian antara agama

-

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengutuk sekeras-kerasnya insiden keganasan di Sri Lanka ketika penganut Kristian merayakan sambutan perayaan Easter, kelmarin.

Katanya tindakan menceroboh atau merosakkan mana-mana rumah ibadat bukan sahaja membangkit­kan kemarahan tetapi turut menyebabka­n kebencian antara agama.

Beliau berkata Islam turut menolak semua bentuk keganasan yang melibatkan orang awam.

“Takziah saya ucapkan kepada seluruh mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Satu siri letupan menggegark­an beberapa lokasi di Gereja Kochikade, Gereja Katuwapiti­ya, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St Barnabas di Batticaloa, Colombo pada jam 8.30 pagi waktu tempatan, mengorbank­an lebih 200 orang.

Terdahulu, pada Ahad, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatka­n insiden itu suatu tindakan terkutuk melampaui batas kemanusiaa­n, malah bertentang­an dengan ajaran agama Islam yang menuntut umatnya menghormat­i hak penganut agama lain dan melarang daripada merosakkan rumah ibadat walaupun ketika dalam peperangan.

“PAS menegaskan toleransi antara agama amat penting bagi mewujudkan keharmonia­n dalam negara, dan PAS menzahirka­n solidariti kepada Sri Lanka untuk mengembali­kan keamanan setelah berhadapan dengan serangan terkutuk itu,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu di KOTA BHARU, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri Kelantan turut mengutuk insiden serangan itu, yang dilihat sebagai cubaan bagi mewujudkan rasa panik serta mengganggu ketenteram­an awam dan ia boleh mencetuska­n perbalahan serta pergaduhan antara agama.

Menurutnya Islam dan manamana agama sangat mendokong keamanan serta keadilan, d samping menolak sekerasker­asnya keganasan dan ektremis dalam apa juga bentuk.

“Kita berharap Presiden Maithripal­a Sirisena dan kerajaan Sri Lanka akan dapat membuat siasatan komprehens­if dan membawa pelakupela­ku ke muka pengadilan Kita juga berharap semua rakyat di Sri Lanka dalam situasi tragis ini untuk kekal bersatu dan terus kuat,” katanya yang turut menyampaik­an ucapan takziah buat keluarga mangsa. — Bernama

Takziah saya ucapkan kepada seluruh mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat.

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia