Utusan Borneo (Sarawak)

PEKA B40: Seramai 979 orang telah jalani saringan kesihatan

-

SEREMBAN: Seramai 979 orang telah menjalani saringan kesihatan bagi Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) sejak ia bermula 15 April lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata melalui PeKa B40 yang dibiayai sepenuhnya kerajaan dengan peruntukan permulaan RM100 juta itu, mereka yang layak boleh menjalani saringan kesihatan di 1,226 klinik kesihatan meliputi 589 klinik perubatan swasta umum (GP) dan 637 klinik kesihatan di seluruh negara.

“Mereka yang layak telah menjalani saringan kesihatan dibawah PeKa B40 dan saya nak sebutkan sekali lagi mereka yang layak adalah mereka yang menerima Bantuan Sara Hidup dan berumur 50 tahun ke atas. Mereka boleh semak kelayakan dalam internet iaitu di laman sesawang www. pekab40.com.my dan boleh dapat senarai klinik-klinik swasta atau pun klinik-klinik kesihatan yang mendaftar untuk program ini.

“Jadi sekiranya mereka layak, mereka boleh pergi ke klinik swasta atau klinik kesihatan untuk jalani saringan kesihatan melibatkan pemeriksaa­n darah, kencing manis, buah pinggang, kolestrol, darah tinggi dan saringan kesihatan mental,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini dan turut dihadiri Pengarah HTJS Dr Jazari Jamaludin serta beberapa pegawai kementeria­n.

Kira-kira 800,000 rakyat Malaysia berumur 50 tahun ke atas daripada kumpulan B40 bakal menerima manfaat PeKa B40 dengan peruntukan RM100 juta yang akan dilaksanak­an secara berperingk­at

Antara manfaatnya ialah saringan kesihatan, bantuan alat perubatan, insentif melengkapk­an rawatan kanser serta insentif tambang pengangkut­an.

Dalam perkembang­an lain, Dr Lee berkata wabak Influenza A (H1N1) yang berlaku di sekitar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Perak berada dalam keadaan terkawal dengan empat daripadany­a positif wabak itu.

“Baki selebihnya adalah Influenza-Like-Illness (ILI),” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seramai 102 orang termasuk seorang guru yang mempunyai jangkitan saluran pernafasan seperti demam, sakit tekak dan batuk di STAR, Ipoh. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Dr Lee menziarahi dan bertanya khabar seorang pesakit pada lawatannya ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban, semalam.
— Gambar Bernama LAWAT: Dr Lee menziarahi dan bertanya khabar seorang pesakit pada lawatannya ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia