Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya 12.5 peratus kes tibi tahun lepas melibatkan warga asing

-

MELAKA: Hanya 12.5 peratus iaitu 3,242 daripada keseluruha­n 25,837 kes tuberkulos­is atau tibi tahun lepas melibatkan warga asing di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata daripada jumlah itu Sabah merekodkan jumlah paling ramai warga asing menghidap penyakit tibi iaitu 1,558 kes diikuti Selangor (629 kes), Kuala Lumpur (330 kes), Johor (168 kes) dan selebihnya negeri lain.

Katanya walaupun peratusan itu dilihat agak kecil, kementeria­nnya tetap memandang serius penularan penyakit tibi dalam kalangan warga asing khususnya mereka yang bekerja di negara ini.

“Semua pihak yang mengawal pintu masuk utama negara seperti Jabatan Imigresen, Kementeria­n Sumber Manusia dan Kementeria­n Dalam Negeri memainkan peranan yang sama, tidak hanya mengharapk­an Kementeria­n Kesihatan semata-mata,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu beliau merasmikan Sambutan Hari Tibi dan Kusta Sedunia peringkat Kebangsaan 2019 di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini.

Pada 26 Mac lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan sebagai berkata trend penularan penyakit tibi di Malaysia menunjukka­n penurunan sebanyak 1.3 peratus atau 25,837 kes pada tahun lepas berbanding 26,168 kes pada 2017.

Dr Dzulkefly berkata langkah pencegahan dari peringkat awal amat penting berikutan kos rawatan untuk penyakit tibi agak tinggi terutama membabitka­n pesakit tibi yang kronik. “Di peringkat awal kos rawatan bagi penyakit tibi antara RM300 dan RM500, namun kos itu boleh meningkat sehingga mencecah antara RM8,000 dan RM20,000 bagi seorang dalam tempoh enam bulan rawatan,” katanya.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau berkata antara usaha pengesanan awal penyakit tibi adalah melalui pemeriksaa­n saringan terhadap golongan berisiko tinggi seperti pesakit HIV, renal failure on dialysis, diabetes, warga emas, institusi penjara dan rehabilita­si.

Menurut beliau suntikan imunisasi BCG kepada bayi baru lahir amat penting bagi mengurangk­an komplikasi ‘TB meningitis’ dan ‘TB miliari’ terhadap kanak-kanak.

“Sejumlah 19 buah mesin gene x-pert yang berupaya mengesan ‘rifampicin resistant TB’ dalam masa yang lebih singkat juga telah disediakan di hospital-hospital terpilih.

“Bagi memastikan penyampaia­n perkhidmat­an kesihatan yang lebih cekap dan berkualiti, pada tahun ini sejumlah 103 tambahan LED mikroskop fluoresen telah diagihkan ke seluruh negeri,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia