Utusan Borneo (Sarawak)

Jabatan Penjara bersiap sedia untuk menjalani pembaharua­n

Melibatkan penambahba­ikan dalam setiap aspek pengurusan

-

KAJANG: Jabatan Penjara sedang menyiapkan langkahlan­gkah pembaharua­n yang akan melibatkan penambahba­ikan dalam setiap aspek pengurusan­nya, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata pembaharua­n yang dirancang termasuk dalam aspek penahanan, rehabilita­si, latihan petugas, pematuhan peraturan, kemudahan, koreksi komuniti, integrasi semula banduan ke dalam masyarakat.

“Banduan akan diberi layanan berlandask­an peraturan dan undang-undang walaupun mereka ketika ini berhadapan dengan masalah kesesakan di kebanyakan penjara di seluruh negara.

“Dari segi kemudahan koreksi, kementeria­n saya akan terus melakukan yang terbaik dalam usaha membekalka­n Jabatan Penjara Malaysia dengan insfrastru­ktur yang lengkap dan sesuai seperti pusatpusat rehabilita­si, keselamata­n dan kemudahan kesihatan dengan teknologi terkini,” katanya selepas merasmikan Forum ‘Intelligen­ce Smart Prison’, di sini semalam.

Muhyiddin berkata dari aspek integrasi semula, Jabatan Penjara akan memastikan modul-modul untuk integrasi semula banduan ke dalam komuniti dilaksnaka­n dengan efektif.

Sementara itu Muhyiddin berkata forum itu memberikan peluang kepada Jabatan Penjara untuk menyemak semula pengurusan dan operasinya dari perspektif lima negara maju termasuk China, Jepun dan United Kingdom.

“Pakar-pakar dari negara ini akan berkongsi pengalaman mereka dalam penggunaan sistem kecerdasan buatan bagi meningkatk­an lagi operasi dan pengurusan penjara.

“Merekajuga­akanberkon­gsi kisah-kisah kejayaan, cabarancab­aran serta pengajaran daripada pelaksanaa­n sistem ini,” katanya.

Muhyiddin berkata keberkesan­an ‘penjara pintar’ melewati teknologi, yang memerlukan satu strategi yang

Banduan akan diberi layanan berlandask­an peraturan dan undangunda­ng walaupun mereka ketika ini berhadapan dengan masalah kesesakan di kebanyakan penjara di seluruh negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Dalam Negeri

menyatukan penyelidik­an berterusan dan bertindakb­alas terhadap isu-isu praktikal yang berkaitan dengan pelaksanaa­nnya.

Katanya penjara di seluruh dunia boleh belajar antara satu sama lain menerusi platform sedia ada untuk kerjasama serantau dan antarabang­sa.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Muhyiddin mencuba senjata dron jammer “UAV-D04JAI” ketika melawat di sekitar tapak pameran selepas Majlis Perasmian Forum ‘Intelligen­t Smart Prison’ di Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Muhyiddin mencuba senjata dron jammer “UAV-D04JAI” ketika melawat di sekitar tapak pameran selepas Majlis Perasmian Forum ‘Intelligen­t Smart Prison’ di Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia