Utusan Borneo (Sarawak)

Nahas bas di Sepang: Balu S.Sureh terima pampasan PERKESO

-

NILAI: Balu kepada pemandu bas pekerja S. Suresh yang maut bersama-sama 10 pekerja warga asing dalam nahas berhampira­n kawasan MASKargo, Sepang, Selangor pada 7 April lepas, S. Kanniamah semalam menerima bayaran pampasan daripada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Cek bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 itu disampaika­n Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Sumber Manusia, Perladanga­n dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan J. Arul Kumar di kediaman mendiang Suresh di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Selain FPM, ibu kepada tiga orang anak itu juga layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) yang akan dibayar secara bulanan seumur hidup.

Kanniamah, 42, yang bekerja sebagai pekerja am di sebuah kilang biskut di sini berkata dengan penerimaan faedah ini sedikit sebanyak dapat meringanka­n beban untuk menyara kesemua anaknya yang berumur sembilan hingga 12 tahun.

“Dengan pendapatan RM900 sebulan, saya tidak dapat menanggung kesemua keperluan anak-anak saya terutama dari segi perbelanja­an ketika mereka masih belajar... dengan adanya faedah ini, ia sedikit sebanyak membantu kewangan saya untuk menyara anak-anak,” katanya kepada pemberita di sini.

Pada 7 April lepas, Suresh, 43, maut apabila bas dipandunya terjunam ke dalam longkang besar berhampira­n kawasan MASKargo, Sepang dan kejadian yang dilaporkan berlaku pada jam 11.10 malam itu turut meragut nyawa 11 pekerja warga asing.

Siasatan awal polis mendapati bas pekerja yang membawa 43 penumpang iaitu pekerja kontrak MASKargo itu dalam perjalanan ke tempat kerja dari asrama mereka d Nilai dan mereka sepatutnya memulakan syif pada 12 tengah malam.

Sementara itu, Mohammed Azman berkata bayaran FOT itu adalah sebanyak 90 peratus dari jumlah purata gaji mendiang suami Kanniamah iaitu sebanyak RM2,800 sebulan.

“Pencen FOT ini akan dibayar kepada balu sepanjang hayatnya manakala anak-anak pula layak menerima sehingga berumur 21 tahun,” katanya — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN PERKESO: J. Arul Kumar (dua, kiri) menyampaik­an replika cek kepada balu mendiang Suresh, S. Kanniamah (tiga, kanan) ketika menziarahi di rumah beliau di Taman Desa Cempaka semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN PERKESO: J. Arul Kumar (dua, kiri) menyampaik­an replika cek kepada balu mendiang Suresh, S. Kanniamah (tiga, kanan) ketika menziarahi di rumah beliau di Taman Desa Cempaka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia