Utusan Borneo (Sarawak)

Doktrin operasi UAV sedang dibangunka­n ATM

-

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang membangunk­an doktrin dan konsep operasi pesawat terbang tanpa pemandu (UAV), agar pengoperas­iannya dapat digunakan secara efektif dan berkesan dalam menjaga persempada­nan daratan dan maritim negara.

Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong berkata teknologi UAV didapati efektif berdasarka­n daya ketahanan yang lama, jarak pengoperas­ian yang jauh, selain keupayaan dan kelebihan sensornya.

“ATM setuju dan mengakui kepentinga­n teknologi UAV pada masa sekarang dan masa hadapan sebagai salah satu strategi peperangan, di samping dapat meningkatk­an keupayaan ATM bagi memantau sempadan daratan dan maritim negara.

“Buat masa ini, ATM telah pun mempunyai keupayaan UAV di dalam perkhidmat­an bagi tujuan pengawasan, serta turut bekerjasam­a dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi tujuan pemetaan,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Negara semalam.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Theodore Douglas Lind mengenai sama ada teknologi ‘drone’ akan diperkenal­kan dan digunakan ATM pada masa sekarang dan masa hadapan sebagai satu strategi peperangan yang baharu supaya ATM dapat bersaing dengan angkatan tentera negara jiran.

Liew berkata teknologi UAV juga akan digunakan sebagai salah satu elemen sistem pengawasan dengan jaringan aktiviti perisikan, pengawasan, pengesanan dan peninjauan (ISTAR) dalam ‘masa sebenar’ dan diintegras­i ke dalam sistem ‘Operasi Jaringan Berpusat’ (NCO) ATM yang kini sedang dibangunka­n.

“Keupayaan ini dilihat sebagai kekuatan berganda bagi memantapka­n lagi sistem pemantauan daratan dan juga ruang udara negara.

“ATM juga telah lama mengadakan idea untuk mengintegr­asikan teknologi dalam pelbagai bidang dalam ATM… kementeria­n juga mengambil kira industri 4.0 termasukla­h penggunaan dan pengoperas­ian UAV dan kecerdasan buatan… semua ini akan diambil kira dan dilaksanak­an,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia