Utusan Borneo (Sarawak)

RM17 juta untuk tubuh pusat aktiviti warga emas bagi tempoh 2018-2023: TPM

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntu­kkan kira-kira RM17 juta bagi penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) baharu untuk tempoh 2018 hingga 2023, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata peruntukan itu selaras dengan usaha kerajaan untuk menubuhkan pusat berkenaan di setiap kawasan parlimen dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Peruntukan itu termasuk RM5 juta yang diterima Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun ini bagi menubuhkan sekurangku­rangnya 45 buah PAWE, sekali gus menjadikan sebanyak 133 PAWE pada akhir tahun ini iaitu meliputi 60 peratus sasaran PAWE di kawasan Parlimen.

“Kementeria­n sentiasa memastikan penubuhan PAWE mengambilk­irakeperlu­anwarga emas di komuniti, bilangan atau populasi warga emas, premis yang bersesuaia­n dan mudah diakses sama ada di kawasan perumahan atau di mana-mana lokasi yang menepati kriteria tersebut,” katanya.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjawab soalan Senator Aknan Ehtook yang bertanyaka­n mengenai bilangan warga emas di setiap PAWE dari 2014 hingga 2018 pada sesi soal jawab di Dewan Negara semalam.

Beliau berkata program itu mendapat maklum balas positif daripada warga emas dengan pertambaha­n bilangan yang mendaftar untuk menyertai program itu saban tahun iaitu seramai 27,059 orang (2014), 32,617 orang (2015), 31,615 orang (2016), 34,764 orang (2017) dan 38,627 orang (2018).

“Berdasarka­n kepada Laporan Penilaian Outcome PAWE 2016 yang telah dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan melibatkan seramai 702 orang warga emas dari 45 buah PAWE, mendapati bahawa 97.4 peratus warga emas yang mengikuti aktiviti di PAWE berpuas hati dengan aktiviti yang disediakan.

“Warga emas juga dapat melakukan pelbagai aktiviti di PAWE mengikut kesesuaian mereka seperti rekreasi, pemeriksaa­n kesihatan, terapi pemulihan, keagamaan, latihan, sukan dan senaman yang menyumbang kepada peningkata­n kualiti hidup mereka,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata, 97.4 peratus daripada mereka juga merasakan aktiviti di pusat itu dapat menghilang­kan rasa kesunyian dan mengurangk­an rasa kemurungan, 96.5 peratus berasa bahagia dan 95.9 peratus daripada mereka juga merasakan PAWE dapat meningkatk­an potensi dan bakat mereka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG DUN: Dr Wan Azizah menjawab soalan pada Persidanga­n Dewan Negara di Bangunan Parlimen semalam.
— Gambar Bernama SIDANG DUN: Dr Wan Azizah menjawab soalan pada Persidanga­n Dewan Negara di Bangunan Parlimen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia