Utusan Borneo (Sarawak)

495 pusat tahfiz berdepan risiko bahaya kebakaran

-

KUANTAN: Sebanyak 495 buah daripada 1,267 keseluruha­n pusat tahfiz berdaftar di seluruh negara dikategori­kan berdepan risiko bahaya kebakaran, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata antara aspek tidak dipatuhi pusat tahfiz itu ialah jumlah pelajar yang sesak di asrama atau susun atur perabot menghalang laluan keluar dan menyukarka­n operasi menyelamat, jika berlaku kebakaran.

“Merekainid­iberikante­mpoh selama tiga bulan untuk melakukan penambahba­ikan sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan pemeriksaa­n kali kedua.

“Pemeriksaa­n secara berkala juga akan dilakukan ke atas semua pusat tahfiz supaya aspek keselamata­n sentiasa dipatuhi dan untuk melihat jika ada keperluan penambahba­ikan dilakukan dalam aspek keselamata­n pelajar,” katanya.

Zuraida berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat JBPM Pahang di Indera Mahkota di sini semalam, yang disertai Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Datuk Abdu Wahab Mat Yasin dan Pengarah JBPM Pahang Nor Hisham Mohammad.

Mengambil contoh di Pahang, Zuraida berkata pemeriksaa­n terhadap 137 pusat tahfiz berdaftar yang diperiksa pada Oktober hingga Mac lalu, hanya 86 premis mematuhi piawaian keselamata­n kebakaran.

“Kita berharap pusat tahfiz tidak berdaftar untuk tampil ke hadapan supaya bomba boleh membuat pemeriksaa­n bag mengelak insiden kebakaran yang melibatkan pusat tahfiz sebelum ini berulang.

“Ia juga membolehka­n pusat tahfiz itu mewujudkan sukarelawa­n bomba dikenali sebaga skuad bomba bagi mereka mengikuti latihan kemahiran asas semasa berlaku situas tidak diingini, sekali gus mengurangk­an risiko kemalangan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia