Utusan Borneo (Sarawak)

Rundingan semula 97 transaksi tanah di ibu negara menambah pendapatan DBKL dengan tepat sebanyak RM481 juta

-

PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah dapat menyelamat­kan hampir setengah bilion ringgit wang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abdul Samad semalam.

Beliau berkata ini dilakukan melalui rundingan semula 97 transaksi tanah di ibu negara, sekali gus menambah pendapatan DBKL dengan tepat sebanyak RM481 juta.

Beliau berkata ia merupakan antara kejayaan utama kementeria­nnya dalam tempoh setahun sejak PH mengambil alih tampuk pemerintah­an negara daripada Barisan Nasional.

Menurut laporan media sebelum ini, rundingan semula itu diadakan susulan ada kes transaksi tanah yang dibuat tanpa melalui tender terbuka dan ada kes tanah dijual di bawah harga pasaran semasa pentadbira­n BN.

Tambahan pendapatan itu diperoleh dalam bentuk tunai dan nilai tanah, antaranya termasuk lima transaksi tanah yang dirunding di luar mahkamah dan mendapat bayaran balik dalam bentuk infrasturk­tur, kata menteri itu dalam sidang media di kementeria­nnya di sini hari ini sempena setahun PH mentadbir negara.

Selain itu, kata Khalid, pewartaan Pelan Pembanguna­n Kuala Lumpur 2020 pada Oktober lepas juga merupakan langkah terbaik yang dilakukan kementeria­n bertujuan mengawal pembanguna­n bandar raya Kuala Lumpur.

Menyentuh perancanga­n masa depan, beliau berkata pihaknya sedang merangka Pelan Pembanguna­n Kuala Lumpur 2020-2040 dan akan dipamerkan kepada orang ramai pada penghujung tahun ini.

Khalid berkata apabila menerajui kementeria­nnya, beliau mendapati pada asalnya pembanguna­n yang dirancang di ibu negara mempunyai kepadatan penduduk dan pembanguna­n yang tinggi dengan

Jadi bagi Pelan Pembanguna­n Kuala Lumpur 20202040 ini apa yang kita akan tetapkan dalam pewartaan ialah maksimum densiti tidak boleh melebihi 1,000 orang bagi satu ekar tanah.

densiti 2,000 orang bagi satu 0.4 hektar.

“Jadi bagi Pelan Pembanguna­n Kuala Lumpur 20202040 ini apa yang kita akan tetapkan dalam pewartaan ialah maksimum densiti tidak boleh melebihi 1,000 orang bagi satu ekar tanah,” katanya sambil menambah kata kepadatan pembanguna­n juga dikurangka­n bagi mengawal pembanguna­n.

Bagi mengurangk­an kesesakan lalu lintas dan membantu golongan B40, Khalid berkata DBKL telah mengambil alih perkhidmat­an Bas Go KL dan ditempatka­n di kawasan kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR).

Khalid berkata perkhidmat­an itu memberikan servis percuma bagi perjalanan untuk ke kawasan mudah akses seperti stesen kereta api dan pengangkut­an awam lain, selain memanfaatk­an lebih 1,000 penumpang setiap hari.

Mengenai projek Taman Rimba Kiara, beliau berkata pihaknya telah berjaya membuat rundingan dengan pemaju untuk menurunkan keluasan pembanguna­n daripada 4.9ha (12 ekar) kepada 3.2ha (8 ekar) sahaja susulan terdapat bantahan daripada penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang tidak bersetuju dengan pembanguna­n projek tersebut.

“Saya telah berunding dengan pemaju untuk ‘scale down’ (mengecilka­n) projek daripada lapan blok kepada empat blok pangsapuri sahaja dan satu blok pangsapuri akan tetap dibekalkan kepada 100 keluarga rumah panjang sepertiman­a yang dipersetuj­ui sebelum ini,” katanya.

Beliau juga berkata penubuhan Mesyuarat Majlis Menteri di bawah DBKL membuktika­n ketelusan kerajaan PH dalam usaha membangunk­an bandar raya Kuala Lumpur.

Perkara itu dapat dilihat dengan penglibata­n 11 Ahli Parlimen yang turut menganggot­ai mesyuarat tersebut, selain Datuk Bandar Kuala Lumpur serta pegawai DBKL dan Kementeria­n Wilayah Persekutua­n.

“Mesyuarat yang diadakan setiap dua bulan sekali in merupakan satu inovasi apabila kita memanggil 11 Ahl Parlimen duduk bersama dengan DBKL dan kementeria­n di mana mereka turu sama memikirkan seolah-olah sebagai kerajaan yang memerintah KL dan merancang bersama untuk menentukan dasar dan polisi bagi pembanguna­n Kuala Lumpur.

“Sebelum ini ahli Parlimen tidak ada fungsi sangat dalam keputusan DBKL, jadi apabila kita ambil alih kita mahu mengimbang­i kuasa waki rakyat dan membuka jalan bagi mereka bersama-sama melontarka­n idea,” katanya.

Khalid berkata usaha itu juga sekali gus dapat membawa suara rakyat di bawah kawasan Parlimen masingmasi­ng termasuk isu sepert kesesakan lalu lintas, rumah mampu milik, kebersihan dan laluan pejalan kaki di kawasan Kuala Lumpur. — Bernama

Khalid Abdul Samad

Menteri Wilayah Persekutua­n

 ?? — Gambar Bernama ?? PENJELASAN: Khalid ketika sidang media sempena setahun pemerintah­an kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama PENJELASAN: Khalid ketika sidang media sempena setahun pemerintah­an kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia