Utusan Borneo (Sarawak)

Tan Hong Pin anggap penggugura­n sebagai exco tidak lemahkan dirinya

-

PUTRAJAYA: Pencapaian Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbira­n kerajaan selama setahun akan dilaporkan pada Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 3 Mei nanti, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

MenteriPer­daganganDa­lam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata mengenai manifesto PH, ada “yang sudah dibuat”, ada “yang sedang diusahakan”, dan ada yang perlu “dilihat semula” kerana ia mungkin tidak dapat dicapai.

“Ada perkara yang kita berjaya laksanakan, dan ada yang sedang dilaksanak­an. (Ada juga...) Kita berjaya melaksanak­an sebahagian daripadany­a, contoh antara komitmen menghapusk­an hutang peneroka.

“Tapi penyelesai­an yang dapat kita buat ialah hapus interest hutang peneroka,” katanya pada majlis dialog bersama media di kementeria­nnya di sini semalam.

Saifuddin berkata PH juga berjaya membatalka­n senarai hitam peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan mewujudkan agenda reformasi Parlimen.

“Ada tiga acuan iaitu acuan pertama telah berjaya, yang kedua sedang dilaksana dan yang ketiga tidak dapat dibuat,” katanya.

Mengenai isu kos sara hidup yang dikaitkan dengan kenaikan pendapatan, Saifuddin berkata kenaikan gaji tidak menyumbang kepada melegakan kos sara hidup, sebaliknya antara penyelesai­an untuk menangani kos sara hidup adalah dengan meningkatk­an produktivi­ti dan kecekapan bagi mengurangk­an kos barang.

Namun katanya Malaysia masih berusaha untuk mencari penyelesai­an menerusi ‘rantaian bekalan’ dan kawalan harga bagi mengawal kenaikan harga barang.

Saifuddin berkata laporan akhir mengenai analisis rantaian bekalan akan disediakan pada suku ketiga tahun ini, yang akan melihat sekiranya terdapat ‘pakatan’ atau kartel yang sengaja membuatkan harga melonjak. — Bernama JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Tan Hong Pin menyifatka­n penggugura­nnya sebagai ahli mesyuarat kerajaan negeri (Exco) tidak akan melemahkan dirinya, sebaliknya merupakan peralihan kepada yang lebih baik.

Malah beliau menerima pengumuman dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal itu dengan berlapang dada dan menegaskan akan turut memainkan peranan semak imbang yang aktif di barisan penyokong kerajaan kelak.

“Saya berharap agar rombakan ini (rombakan barisan Exco kerajaan negeri) memberi impak positif kepada agenda reformasi yang telah kita gagaskan kepada pentadbira­n dan rakyat.

“Saya akan terus berperanan mendokong agenda reformasi yang perlu dibawa Pakatan Harapan terhadap pentadbira­n Kerajaan Negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Tan berkata beliau ingin mengucapka­n terima kasih kepada mantan Menteri Besar Johor iaitu Datuk Osman Sapian yang telah memberikan peluang kepadanya untuk menjadi sebahagian daripada barisan kepimpinan kerajaan negeri, selama ini.

Katanya, sepanjang menerajui Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi Negeri Johor selama 11 bulan, beliau telah berjaya merencana asas pelbagai agenda reformasi di peringkat Kerajaan tempatan termasuk menubuhkan Jawatankua­sa Bertindak Johor Bersih.

Jawatankua­sa ini, katanya adalah untuk memastikan Johor bebas daripada sebarang pembuangan sisa secara haram.

Selain itu, beliau telah mengambil beberapa langkah bagi mengawal dan mendepani krisis tapak pelupusan sampah di Johor Tengah dan Johor Utara.

Antaranya dengan mengkaji kebolehupa­yaan pelaksanaa­n projek perintis dalam menguruska­n pelupusan sisa makanan yang berakhir d tapak pelupusan dan langkah mewujudkan sistem pengurusan secara setempat bagi mengurangk­an kos pengangkut­an penghantar­an sisa buangan.

“Bagi Jawatankua­sa Sains dan Teknologi pula, saya bersama anggota pentabdira­n kerajaan negeri telah berusaha mewujudkan inisiatif berteraska­n rendah karbon dan pendigital­an sebagai asas mendepani Revolusi Industr 4.0.

“Malah saya menubuhkan Majlis Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menyelaras perkembang­an dan projek yang berkaitan sains, teknolog dan inovasi di serata negeri Johor,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia