Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga muka baharu diperkenal dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Johor

-

JOHOR BAHRU: Tiga muka baharu antara 10 Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor yang mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, pagi semalam.

Ketiga-tiga muka baharu tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi; ADUN Tenang Mohd Solihan Badri dan ADUN Jementah Tan Chen Choon.

Selain ketiga-tiga mereka, turut mengangkat sumpah ialah tujuh anggota exco terdahulu yang telah dilantik semula.

Mereka ialah ADUN Parit Yaani, Aminolhuda Hassan; ADUN Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad; ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse; ADUN Bekok, Dr S Ramakrishn­an; ADUN Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar; ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali dan ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung.

Pelantikan barisan exco kali ini adalah susulan pelantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal sebagai Menteri Besar Johor yang baharu Ahad lepas, bagi menggantik­an Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan selepas 11 bulan menerajui kerajaan negeri.

Pelantikan barisan exco kali ini adalah susulan pelantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal sebagai Menteri Besar Johor yang baharu pada Ahad lepas, bagi menggantik­an Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan selepas 11 bulan menerajui kerajaan negeri.

Dengan pelantikan mereka juga, dua nama exco terdahulu iaitu ADUN Skudai, Tan Hong Ping dan ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang turut digugurkan dari senarai baharu.

Mereka sebelum ini masingmasi­ng merupakan Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri dan Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Infrastruk­tur dan Pengangkut­an. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? EXCO BAHARU: Dr Sahruddin (dua kiri) bersama tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Johor yang baharu dilantik iaitu Mohd Solihan (kiri), Tosrin (dua kanan) dan Tan bergambar bersama selepas sidang media di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar, Iskandar Puteri semalam.
— Gambar Bernama EXCO BAHARU: Dr Sahruddin (dua kiri) bersama tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Johor yang baharu dilantik iaitu Mohd Solihan (kiri), Tosrin (dua kanan) dan Tan bergambar bersama selepas sidang media di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar, Iskandar Puteri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia