Utusan Borneo (Sarawak)

Lulusan darjah enam bukan penghalang berkhidmat kepada rakyat

-

ISKANDAR PUTERI: Walaupun hanya mendapat pendidikan sehingga darjah enam, Tosrin Jarvanthi tidak pernah menjadikan ini satu kekurangan malah sebagai pembakar semangat untuk beliau melaksanak­an tugas sebagai wakil rakyat selama ini.

Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembanguna­n Luar Bandar Johor yang baharu itu mencuri perhatian media apabila mengakui dirinya hanya mempunyai kelayakan pendidikan setakat darjah enam.

Bagaimanap­un, veteran politik itu bukanlah orang baharu dalam pentadbira­n, malah pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili satu ketika dahulu, sebelum sekali lagi memegang kerusi ADUN bagi Bukit Permai, dengan tiket parti berbeza.

Tosrin turut menegaskan latar belakang itu tidak sesekali akan mematahkan semangatny­a untuk menggalas tanggungja­wab yang diamanahka­n kerajaan negeri demi kepentinga­n dan kesejahter­aan rakyat Johor.

“Saya cakap terus terang, saya tak tipu saya tiada sijil, tiada diploma saya hanya bersekolah setakat darjah enam sahaja di Sekolah Kebangsaan Ladang Fraser dan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting.

“(Bagaimanap­un) saya menganggap saya muda lagi dan sebelum ini, ada sebahagian pegawai saya yang muda, tidak terkejar dengan cara saya (cara bekerja),” katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media sempena pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di pejabat Menteri Besar di sini, semalam.

Sebagai bukti, beliau telah pun menyediaka­n satu rangka kerja di bawah portfolion­ya untuk memastikan beliau dapat memberikan perkhidmat­an yang terbaik kepada rakyat.

Tosrin, 69, pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Sementara itu, ADUN Tenang Mohd Solihan Badri menyifatka­n amanah yang diberikan kepada beliau agak berat dan mencabar, dan beliau akan sedaya upaya melaksanak­annya dengan baik.

Mohd Solihan, 62, merupakan Pengerusi Jawatankua­sa Kerjaya, Pengangkut­an dan Infrastruk­tur negeri yang baharu menggantik­an ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang.

“Saya akan lihat sama ada (YB Mazlan Bujang) telah menyusun strategi pembanguna­n Johor. Jika ada, saya akan teruskan dan ditambah baik.

“Saya dengan YB Mazlan adalah rakan yang baik, saya banyak berhubung dengan beliau, sama ada dalam parti ataupun di luar parti. Oleh itu, saya rasa khidmatnya masih diperlukan,” kata beliau yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM).

Bagi ADUN Jementah, Tan Chen Choon yang diamanahka­n dengan portfolio Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan, Kesejahter­aan Bandar dan Alam Sekitar pula, pengalaman­nya dalam pelbagai bidang termasuk menjadi seorang jurutera di syarikat swasta, sebelum ini, akan dimanfaatk­an sepenuhnya untuk menggalas tanggungja­wab.

Katanya, beliau juga berterima kasih kepada partinya iaitu parti DAP serta Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal yang memberikan kepercayaa­n kepadanya untuk berkhidmat dalam barisan Exco. — Bernama KOTA BHARU: Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyifatka­n kenyataan yang dikeluarka­n oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mendedahka­n nama pemimpin PAS yang didakwa menerima dana RM90 juta dari 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) adalah sesuatu yang tidak akan berlaku.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berpendapa­t Anwar tidak akan membuat pendedahan itu buat selama-lamanya berdasarka­n tiada sebarang bukti yang boleh merujuk kepada manamana pemimpin PAS.

“Saya percaya tujuan beliau membangkit­kan isu ini adalah untuk menarik semula perhatian kepada PKR selain mengalih tumpuan masyarakat terhadap kegagalan PKR untuk menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, barubaru ini,” katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dalam sebuah forum di Nilai, Negeri Sembilan, Jumaat lepas mendakwa mengetahui jumlah dana yang diterima pemimpin PAS dan identiti penerima serta akan mendedahka­nnya dalam masa terdekat.

Kenyataan Anwar itu juga mendapat reaksi daripada Presiden PAS, Datuk Ser Abdul Hadi Awang kelmarin yang mengalu-alukan pendedahan yang bakal dilakukan oleh Anwar itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia