Utusan Borneo (Sarawak)

The Reds tidak hadapi masalah kembali ke puncak liga

Impian United, Arsenal tamatkan saingan di empat tangga teratas terjejas apabila dikejutkan Everton dan Palace Ahad lepas

-

LONDON, England: Liverpool kembali ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Cardiff City 2-0 tetapi Manchester United dan Arsenal melihat impian menamatkan saingan di empat tangga teratas liga terjejas apabila masing-masing dikejutkan oleh Everton dan Crystal Palace Ahad lepas.

United dimalukan 0-4 di Everton untuk meneruskan rentak buruk enam kekalahan dari lapan perlawanan terakhir.

Arsenal kekal di tangga keempat tetapi gagal menjarakka­n kedudukan sehingga lima mata di hadapan United apabila Crystal Palace menjadi pasukan pelawat pertama yang mencipta kemenangan di Stadium Emirates dalam aksi liga sejak Manchester City mencipta kemenangan pada hari pertama musim dengan kemenangan 3-2.

Liverpool tidak menghadapi sebarang masalah untuk kembali ke tangga teratas dengan kelebihan dua mata berbanding City tetapi bermain lebih satu perlawanan.

Liverpool sekarang sudah menang semua sembilan perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an, termasuk menempah pertemuan separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Barcelona.

“Ia satu pencapaian hebat. Kami banyak bercakap mengenai perlawanan ini, bagaimana istimewany­a dan bagaimana ia juga istimewa untuk lawan kami,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, yang kecewa dengan keadaan padang yang kering di Cardiff, terutama sekali dengan cuaca panas.

“Ia bukan satu tempat untuk bermain bola sepak. Ia adalah tentang saingan keazaman, siapa yang mahukan lebih kemenangan.”

Tetapi ketika mengekalka­n rentak seperti beberapa

Ia satu pencapaian hebat. Kami banyak bercakap mengenai perlawanan ini, bagaimana istimewany­a dan bagaimana ia juga istimewa untuk lawan kami.

Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

minggu yang lalu, Klopp tidak mampu bertenang selepas Roberto Firmino dan Mohamed Salah terlepas peluang untuk memberikan Liverpool gol pembukaan pada separuh masa pertama.

Georginio Wijnaldum akhirnya memecah kebuntuan apabila menyempurn­a tendangan sudut Trent Alexander-Arnold sebelum satu jam permainan.

Liverpool terselamat satu ancaman apabila kapten Cardiff, Sean Morrison, gagal melakukan satu tandukan ketika pintu gol terbuka luas pada 26 minit terakhir permainan.

Malang semakin buruk buat Morrison apabila mengasari Salah dalam kotak penalti, membolehka­n James Milner menyempurn­akan penalti untuk gol kedua Liverpool.

Manchester City akan menentang kelab jirannya, Manchester United pada pertengaha­n minggu dengan Liverpool mengharapk­an United akan menewaskan City untuk mencerahka­n lagi peluang mereka memenangi kejuaraan liga musim ini.

Malang buat Liverpool, United ketika ini dalam prestasi hambar di mana Everton meraikan kemenangan terbesar mereka ke atas United sejak 1984 untuk naik ke tangga ketujuh liga.

Richarliso­n membuka jaringan dengan gol akrobatik sebelum Gylfi Sigurdsson menambah jaringan pada minit ke28 untuk memberikan permulaan sempurna buat pasukan tuan rumah.

Everton menjaringk­an dua lagi gol dalam separuh masa kedua menerusi Lucas Digne dan Theo Walcott.

“Dari wisel pertama, semuanya tidak menjadi,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.

“Saya mahu meminta maaf kepada penyokong. Mereka adalah orang dengan pujian hari ini kerana mereka masih boleh menerima kekalahan ini tetapi kami tidak.”

Solskjaer juga membayangk­an perubahan besar pada musim panas ini sama ada pasukannya layak beraksi dalam Liga Juara-Juara pada musim hadapan atau tidak. “Kami tidak dapat mengubah keseluruha­n skuad, ia harus dilakukan selangkah demi selangkah tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, saya akan berjaya di sini dan ada pemain yang tidak akan menjadi pasukan yang berjaya itu.” Arsenal mensiasiak­an peluang keemasan untuk memintas Tottenham Hotspur ke tangga ketiga liga selepas rekod 10 kemenangan liga berturut-turut d Emirates berakhir apabila Palace membawa pulang tiga mata penuh untuk menjamin kekal dalam Liga Perdana pada musim hadapan.

Christian Benteke menjaringk­an gol pertama beliau dalam tempoh setahun untuk meletakkan Palace d hadapan tetapi Mesut Ozi mengikat kedudukan pada awal separuh masa kedua.

Namun kesilapan Shkodran Mustafi membolehka­n Wilfried Zaha meletakkan Palace kembali di hadapan sebelum James McArthur mengambi satu lagi kesempatan dar kesilapan pertahanan Arsena untuk menjadikan kedudukan 3-1.

“Ia kekecewaan besar kerana kami mempunyai satu peluang terbaik. Kami kelihatan bergelut dari tendangan bola mati dan tidak sekuat sepert sebelum ini,” kata pengurus Arsenal, Unai Emery.

“Gol kedua mereka menyentak keyakinan kami.”

Pierre-Emerick Aubameyang merapatkan kedudukan buat Arsenal tetapi ia kelihatan terlalu lewat untuk menafikan kemenangan pertama Palace di Arsenal sejak Oktober 1994. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? Richarliso­n (tengah) melakukan tendangan akrobatik sebelum menjaringk­an gol pertama Everton pada aksi di Goodison Park, Liverpool Ahad lepas. CERIA: Wijnaldum meraikan jaringan pem bukaan perlawanan ketika membantu Liverpool menewaskan Cardiff di Sta dium Cardiff City, Cardiff pada Ahad
lepas.
— Gambar AFP Richarliso­n (tengah) melakukan tendangan akrobatik sebelum menjaringk­an gol pertama Everton pada aksi di Goodison Park, Liverpool Ahad lepas. CERIA: Wijnaldum meraikan jaringan pem bukaan perlawanan ketika membantu Liverpool menewaskan Cardiff di Sta dium Cardiff City, Cardiff pada Ahad lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? JARINGAN MENARIK:
— Gambar AFP JARINGAN MENARIK:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia