Utusan Borneo (Sarawak)

Solskjaer persoal keazaman pemainnya bermain untuk United

-

LIVERPOOL, England: Pengurus Manchester City, Ole Gunnar Solskjaer mempersoal­kan keazaman pemainnya bermain untuk Manchester United selepas kekalahan memalukan 0-4 di Everton tetapi dengan pantas mencabar mereka untuk membuktika­n beliau silap pada perlawanan menentang kelab jiran, Manchester City Rabu ini.

United tewas buat kali kelima berturut-turut di gelanggang lawan musim ini, kali pertama ia berlaku dalam 38 tahun selepas gol Richarliso­n, Gylfi Sigurdsson, Lucas Digne dan Theo Walcott.

Ia menyebabka­n luahan kecewa dari bekas kapten United, Gary Neville, yang menggambar­kan prestasi pemain United sebagai “hangit” dalam ulasan beliau sebagai penganalis­is bola sepak televisyen.

Dan ketika Solskjaer kelihatan bersetuju sepenuhnya dengan pengakuan Neville, beliau percaya perlawanan menentang City di Old Trafford Rabu ini menawarkan pemainnya satu peluang untuk menebus kesilapan ketika mereka terus memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

“Menentang City di Old Trafford Rabu ini, ia adalah insentif terbesar yang kami perolehi,” kata Solskjaer apabila ditanya bagaimana beliau dapat mengembali­kan semangat pemain.

“Old Trafford adalah gelanggang keramat, di hadapan penyokong setia kami, mereka sekali lagi hebat dan mereka tidak pernah kecewa dengan pemain kami, walaupun ia sepatutnya berlaku tetapi mereka terus memberi sokongan dan saya pasti mereka akan terus memberikan sokongan malam Rabu nanti.”

Antara banyak kritikan, keazaman dan kecergasan pemain United dipersoalk­an oleh pengurus mereka, yang juga hairan apabila ditanya sama ada pasukannya malu dengan prestasi mereka sendiri.

“Saya tidak tahu, anda harus bertanya kepada mereka,” kata beliau. “Saya sudah berkata kepada mereka, anda tidak akan mendapat jawatan dari saya tetapi jika anda mahu bermain di kelab ini, ia harus lebih bermakna lagi.

“Saya mahu mereka menjadi yang paling kuat berusaha, itulah kami di bawah kendalian Sir Alex (Ferguson). Anda boleh berlari lebih kerap dari orang lain, setiap minggu, sentiasa naik turun dalam padang untuk rakanrakan sepasukan anda.”

AFP

 ??  ?? SOLSKJAER
SOLSKJAER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia