Utusan Borneo (Sarawak)

Mbappe akan terus kekal bersama PSG

-

PARIS, Perancis: Kylian Mbappe mengesahka­n masa depan beliau di kelab juara Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain (PSG) Ahad lepas setelah pasukannya menewaskan Monaco 3-1 dengan gol hatrik pada perlawanan yang menyaksika­n rakan penyerangn­ya, Neymar, kembali beraksi Ahad lepas.

“Saya kekal di sini, saya sudah komited dengan projek di kelab,” kata Mbappe, yang dikaitkan dengan satu perpindaha­n ke Real Madrid.

“Ia bagus untuk Real Madrid jika Zizou (jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane) di sana, saya akan menonton perlawanan mereka kerana saya mengagumi mereka.”

Mbappe kini sudah menjaringk­an 30 gol liga musim ini ekoran hatrik Ahad lepas, yang hadir beberapa jam selepas PSG disahkan juara Ligue 1 buat kali keenam dari tujuh tahun apabila pencabar terdekatny­a, Lille, tercicir mata.

Lille seri tanpa jaringan di Toulouse,menyebabka­nmereka ketinggala­n 16 mata di belakang PSG dengan baki lima perlawanan sebelum PSG memulakan perlawanan dan membolehka­n mereka meraikan kejuaraan di tempat sendiri selepas terlepas beberapa peluang dari tiga perlawanan terakhir.

“Saya berasa gembira tetapi musim masih belum berakhir dan saya mahu menjaringk­an lebih banyak lagi gol,” kata Mbappe.

Penyerang berusia 20 tahun itu kini memburu kejuaraan domestik menjelang final Piala Perancis menentang Rennes selepas tersingkir di pusingan kedua Liga Juara-Juara.

“Kami kecewa dengan apa yang berlaku ketika menentang Manchester United (pusingan kedua Liga Juara-Juara) tetapi kehidupan harus diteruskan,” tambah Mbappe ketika merujuk kegagalan pasukannya membawa kelebihan 2-0 pada perlawanan pertama.

“Kami sememangny­a menjangkak­an lebih banyak untuk Liga Juara-Juara tetapi kami tidak harus membiarkan diri kami terlalu kecewa.”

Neymar kembali beraksi pada awal separuh masa kedua apabila menggantik­an Layvin Kurzawa selepas tidak beraksi sejak 23 Januari kerana kecederaan kaki.

Edinson Cavani juga kembali beraksi buat PSG dalam separuh masa kedua.

Mbappe bagaimanap­un menyerlah tanpa dua rakan penyerangn­ya dan beliau menjaringk­an dua gol pada masa rehat dengan gol pembukaan dijaringka­npadaminit­ke-15dan gol kedua tujuh minit sebelum rehat.

Pemenang Piala Dunia 2018 Perancis itu melengkapk­an jaringan sembilan minit selepas rehat dari umpanan cantik Dan Alves.

Gol saguhati Monaco dijaringka­n Aleksandr Golovin dengan kelab masih kekal di tangga ke-16 dan hanya empat mata d atas zon penyingkir­an.

“Kami tidak bermain di tahap terbaik tetapi kami masih bermain dengan bagus hari ini Kami menang sekali lagi dan ia adalah apa yang penting.” Kata Tuchel.

“Liga Juara-Juara adalah sasaran utama tetapi sebuah kelab seperti Juventus sudah menanti lebih 20 tahun untuk memenangi trofi itu dan mereka pernah memenangin­ya sebelum ini.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia