Utusan Borneo (Sarawak)

Liga tempatan diperluas ke negara jiran

Liga Veteran 2019: Penyertaan tunggal pasukan dari Brunei pencapaian membanggak­an LFA

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Penyertaan tunggal pasukan dari negara Brunei, Stone Ville FT menyertai Liga Veteran 2019 satu pencapaian membanggak­an Persatuan Bola Sepak Bahagian Limbang (LFA) dalam memperluas liga tempatan ke negara jiran.

Presiden LFA yang juga Menteri Muda Pertanian, Dr Abdul Rahman Ismail berkata penyertaan pasukan Brunei itu merupakan satu permulaan baik dalam meningkatk­an mutu sukan tempatan yang digemari ribuan peminatnya di utara negeri ini.

“Tahun ini kita menjemput satu pasukan dari Brunei iaitu Stone Ville FT untuk memeriahka­n Liga Veteran 2019 selain pasukan dari Limbang dan Lawas.

“Penyertaan pasukan Brunei itu memeriahka­n liga tempatan yang berlangsun­g rancak sekarang,” katanya kepada media selepas Penyerahan Gelanggang Bola Keranjang di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Yuk Hin Limbang di sini semalam.

Turut sama wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Limbang Patrick Lukong, Guru Besar SJK Yuk Hin Sze Lee Ping, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Teo Ho Hin dan tetamu lain.

Dr Abdul Rahman berkata, sebanyak sembilan pasukan menyertai kejohanan Piala Veteran 2019.

“Piala Veteran berlangsun­g meriah di Padang Majlis Daerah Limbang

Tahun ini kita menjemput satu pasukan dari Brunei iaitu Stone Ville FT untuk memeriahka­n Liga Veteran 2019 selain pasukan dari Limbang dan Lawas.

Dr Abdul Rahman Ismail Presiden LFA

(MDL) dan Kompleks Sukan Limbang dengan peringkat pusingan kumpulan.

“Sambutan diterima amat menggalakk­an khususnya kehadiran bekas-bekas pemain Sarawak dan bekas pemain kebangsaan Brunei membarisi skuad Stone Ville FT,” katanya.

Pasukan bertanding termasuk Stone Ville FT, PML, Punang FC, LBA dan KPR (Zon A) dan Zon B dibarisi pasukan Mevec ABC Club Otai, Kebsta dan Tiger FC.

Aksi final akan berlangsun­g pada 4 Mei depan.

Juara bakal membawa pulang wang tunai RM1,500 Piala Residen Limbang dan pingat, kedua akan menerima RM1,000 dan ketiga bersama meraih RM500.

 ??  ?? KEMUDAHAN SUKAN: Dr Abdul Rahman mencuba bermain bola keranjang di Gelanggang Bola Keranjang SJK Yuk Hin, Limbang dis aksikan Sze (tiga kanan) semalam.
KEMUDAHAN SUKAN: Dr Abdul Rahman mencuba bermain bola keranjang di Gelanggang Bola Keranjang SJK Yuk Hin, Limbang dis aksikan Sze (tiga kanan) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia