Utusan Borneo (Sarawak)

Fognini pemain Itali pertama memenangi kejuaraan Siri Master Monte Carlo

-

MONTE CARLO, Monaco: Fabio Fognini menjadi pemain Itali pertama memenangi kejuaraan Siri Master Monte Carlo dalam tempoh lebih setengah kurun selepas menewaskan Dusan Lajovic 6-3 dan 6-4 Ahad lepas.

Pemain pilihan ke-13 kejohanan itu, yang tinggal hanya 20 kilometer di sempadan San Remo, mengekori jejak Nicola Pietrangel­i, yang turut melihat rekod beliau diatasi di sini.

Pietrangel­i memenangi kejuaraan di sini pada 1961, 1967 dan 1969.

Beliau datang ke gelanggang selepas majlis penyampaia­n hadiah untuk bergambar dengan juara baharu, yang mengekalka­n rentak cemerlang selepas mengejutka­n juara 11 kali, Rafael Nadal di separuh akhir.

“Saya lahir tidak jauh dari sini, jadi kemenangan ini sememangny­a luar biasa,” kata Fognini, 31.

“Saya memulakan musim dengan agak buruk, jadi ia menarik sekali. Saya berasa terharu dengan kemenangan ini terutama sekali dengan ramai penyokong dari Itali di sini hari ini.”

Lajovic, pemain ranking ke48 dunia dari Serbia, bermain di final ATP pertama dalam kariernya dan memulakan perlawanan tanpa tewas satu set pada kejohanan ini.

Fognini pada awalnya kelihatan terjejas dengan kecederaan selepas mendahului 3-2 pada set kedua dan selepas memenangi set pertama dalam masa 44 minit.

Beliau mendapat rawatan seketika dan meneruskan permainan tanpa terjejas rentak untuk mengesahka­n kejuaraan pada mata akhir kedua.

Antara pemain yang ditewaskan untuk kejuaraan sulung Siri Master minggu ini ialah pemain ranking ketiga dunia, Alexander Zverev dan juga kemenangan dua set ke atas Nadal, sekali gus menamatkan 25 kemenangan berturut-turut Nadal di Monte Carlo.

“Ini adalah sesuatu yang luar biasa,” tambah Fognini yang tewas set pertama dan 1-4 kepada Andrey Rublev sebelum bangkit pada perlawanan pertama.

“Saya benar-benar letih sekarang, saya sudah bermain sepanjang minggu dan saya berharap saya membuat persediaan terbaik untuk final ini.” — AFP

 ??  ?? FOGNINI
FOGNINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia