Utusan Borneo (Sarawak)

Lerry dinobatkan juara Kejohanan Para Pingpong Piala Jemputan 2019

-

SIBU: Lerry Chinong dinobatkan juara pada Kejohanan Para Pingpong Piala Jemputan 2019 di sini petang kelmarin.

Kejayaan dikecapi setelah menewaskan Liu Bee Sang (naib juara). Manakala tempat ketiga dimenangi Ling Hua Chiong dan Pang Ngui Chin menduduki tempat keempat.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata penyertaan OKU dalam sukan boleh meningkatk­an kesihatan, kesejahter­aan dan kualiti hidup mereka.

Beliau berkata, sukan menyediaka­n landasan kepada golongan berkeperlu­an khas (OKU) dengan mewujudkan persekitar­an membolehka­n mereka membangunk­an kemahiran hidup yang penting.

“Penyertaan dalam sukan mengajar mereka semangat kerja berpasukan, kerjasama, berusaha ke arah objektif dan menangani kekalahan dan kekecewaan,” katanya pada Penutupan dan Penyampaia­n Hadiah Kejohanan Para Pingpong Piala Jemputan 2019 di sini petang kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu berkata, pingpong adalah sukan kompetitif kepada OKU memerlukan mereka bermain pantas dengan perggeraka­n menggunaka­n kerusi roda.

“Kelajuan, teknik, tumpuan dan pengendali­an kerusi roda adalah faktor kejayaan utama dalam sukan bergerak pantas ini.

“Tahniah kepada penganjur berjaya menganjurk­an kejohanan pingpong julung kalinya di Sibu dengan baik,” katanya.

Fatimah berkata, kejohanan itu memupuk integrasi nasional di samping memperkena­l dan mempromosi­kan sukan pingpong kepada golongan berkeperlu­an khas menggunaka­n kerusi roda.

“Kejohanan ini juga menggalakk­an lebih ramai OKU mengambil bahagian dalam sukan pingpong, memupuk displin dan keyakinan diri dan melahirkan komuniti sihat dan boleh menyumbang secara berkesan kepada pembanguna­n negara,” jelasnya.

Kejohanan anjuran Persatuan Kecederaan Saraf Tunjang Sibu (SSCIA) dengan kerjasama Persatuan Pingpong Sibu (STTA) dan Persatuan Para Pingpong Negeri Sarawak disertai serama 12 pemain dari Sibu, Miri dan Kuching.

Hadir sama Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, ADUN Bukit Assek Irene Chang Presiden Persatuan Para Pingpong Sarawak Anthony Jong Pengerusi STTA, Dr Clement Chen dan Pengerusi SSCIA, Liu Bee Sang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia