Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Presiden 2019: Sarawak terkulai layu di laman sendiri

-

MIRI: Sarawak gagal meraih mata penuh bermain di kubu sendiri setelah tewas kepada PKNS FC dengan jaringan 2-0 pada kempen Piala Presiden 2019 di Stadium Miri di sini petang semalam.

Sarawak yang memburu kemenangan sulung di tempat sendiri bagaimana terpaksa akur dengan kekalahan ketujuh berturut-turut sejak kempen bermula pada 21 Februari lalu.

Gol pasukan pelawat dijaringka­n oleh pemain perancangn­ya, Muhammad Faes Hafizie pada minit ke-18 menerusi sepakan penalti selepas rakan sepasukan dijatuhkan dalam kotak penalti.

Tersentak dengan gol itu, Sarawak cuba bangkit dan memperheba­t barisan serangan untuk mencari gol penyamaan dengan asakan bertali arus.

Perlawanan yang disaksikan hampir 100 penonton itu bagaimanap­un menyaksika­n pasukan pelawat banyak menguasai perlawanan dan melakukan beberapa gerakan cantik bagi mengeliruk­an pemain-pemain Sarawak. Sebaik sahaja wisel babak kedua dibunyikan, Sarawak yang ketinggala­n 1-0 terus melakukan serangan untuk mencari gol penyamaan.

Bagaimanap­un, PKNS FC berjaya mematahkan setiap serangan dan percubaan demi percubaan Sarawak berjaya dinafikan penjaga gol PKNS FC, Muhamad Arif Izwan.

Pemain-pemain Sarawak seolah-olah hilang arah apabila banyak hantaran tepat tidak sampai ke kepada rakan sepasukan.

Kesempatan itu diambil penyerang PKNS FC, Shafizi Iqmal Khirudin menambah derita Sarawak apabila menjaringk­an gol kedua pasukan pelawat.

Skuad bimbingan Abdul Jalil Ramli yang mendapat sorakan dan sokongan penonton-penonton tempatan melakukan beberapa pertukaran posisi dan strategi untuk mencari gol penyamaan.

Bagaimanap­un, PKNS FC dapat membaca strategi Sarawak mengukuhka­n kubu pertahanan dan acap kali melakukan beberapa percubaan menarik dalam kawasan pasukan tuan rumah.

PKNS FC yang mendahului dengan jaringan 2-0 cuba memperlaha­n rentak perlawanan memaksa Sarawak bekerja keras untuk mencari gol.

Namun, keputusan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan menyaksika­n PKNS FC tidak pulang dengan tangan kosong dengan meraih tiga mata penuh.

 ??  ??
 ??  ?? DIHADANG: Barisan pemain Sarawak cuba menghalang pemain PKNS FC menambah jaringan yang menyaksika­n pasukan pelawat menang dengan jaringan 2-0 di Stadium Miri petang semalam.
DIHADANG: Barisan pemain Sarawak cuba menghalang pemain PKNS FC menambah jaringan yang menyaksika­n pasukan pelawat menang dengan jaringan 2-0 di Stadium Miri petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia