Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching kekalkan kejuaraan Piala Sarawak

-

KUCHING: Pasukan Kuching mengekalka­n kejuaraan kategori berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2019 yang melabuhkan tirainya di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong kelmarin.

Bagaimanap­un, juara bertahan itu dipaksa bekerja keras sebelum dapat menumbangk­an tuan rumah, Betong selaku naib juara dengan kemenangan 2-0 dalam aksi final yang cukup sengit.

Jiran tetangga iaitu Regu B Samarahan turut mencipta kejutan muncul juara kategori regu selepas menang 2-0 (21-18, 21-19) ke atas Bintulu B.

Kejayaan itu juga membolehka­n barisan pemain Kuching menerima wang tunai RM4,000, piala pusingan, piala iringan berserta pingat manakala Betong meraih RM2,000 serta piala dan pingat.

Pasukan PDRM dan Miri yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing membawa pulang RM1,000, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Sementara itu, Regu B Samarahan diwakili Mohd Asraf Abdullah, Ihsan Hakim Mat, Mohd Razis Saleh, Abang Ajmal Shauqi Abang Mohd Fauzi dan Jemadi Mohamad membawa pulang RM1,000, piala dan pingat selaku juara kategori regu.

Lucas Nyaing, Azizam Ohsen, Mathew Nyawai, Josua Beti dan Nanson Ningkan (Regu B Bintulu) selaku naib juara menerima RM750, piala dan pingat.

Di samping itu, regu BSTC Sarikei A dan PDRM B yang tewas di peringkat separuh akhir menerima wang tunai RM500, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Anugerah Tekong Terbaik milik Fahzrul Shah Abdul Khalik (Kuching). Augerah Pemain Apit Kiri Terbaik milik Christian Veiri Geramong (Betong) dan Anugerah Pemain Apit Kanan milik Ronaldo Timban (Miri).

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), Tan Sri Dato Sri Abang Khalid Tan Sri Abang Marzuki Timbalan Presiden PSS, Datuk Ismail Abang Saufi serta Residen Bahagian Betong, Friday Belek.

Hadir sama Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Betong (PESTAB), Datuk Dr Paruwadi Musa serta barisan Exco PSS.

Kejohanan tersebut berlangsun­g tiga hari bermula 19 hingga 21 April lalu dan disertai 11 pasukan.

 ??  ?? KEKAL JUARA: Abang Khalid (belakang, empat kanan) dan tetamu meraikan kejayaan bersama pasukan Kuching di Betong, kelmarin.
KEKAL JUARA: Abang Khalid (belakang, empat kanan) dan tetamu meraikan kejayaan bersama pasukan Kuching di Betong, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia