Utusan Borneo (Sarawak)

Filem seram ‘Curse of La Llorona’ dahului senarai filem dalam hujung minggu paling lambat di Hollywood

-

Warner Bros., ‘The Curse of La Llorona’ yang memulakan tayanganny­a pada hujung minggu membawa berita bagus dan juga berita buruk: filem seram itu mengunggul­i semua pendatang baharu di pawagam Amerika Utara, tetapi ia melakukann­ya dalam hujung minggu terburuk secara keseluruha­nnya.

‘Curse’, sebahagian daripada francais filem Universe berdasarka­n siri Conjuring yang menakutkan, memperoleh­i anggaran AS$26.5 juta untuk tayangan tiga hari pada hujung minggu, kata pemantau industri Exhibitor Relations.

Tetapi jumlah box office secara keseluruha­n sebanyak AS$112 juta adalah yang terendah untuk hujung minggu Easter sejak 2005, kata laman sesawang Comscore, dengan ketiadaan satu pun filem blokbuster baharu.

‘Curse’ yang dibintangi oleh Linda Cardellini, Raymond Cruz dan Patricia Velasquez mengisahka­n seorang ibu pada tahun 1970-an di Los Angeles berusaha untuk melindungi anaknya daripada hantu, sebuah cerita yang secara longgar berdasarka­n kisah ‘Weeping Woman’ dari dongeng Mexico.

Di tempat kedua pada hujung minggu adalah sebuah lagi filem Warner Bros., kisah adiwira yang melucukan ‘Shazam!’, yang memperoleh­i AS$17.3 juta selepas mengunggul­i carta box office selama dua minggu berturut-turut.

Filem itu dibintangi olehAsher Angel sebagai Billy Baston, seorang anak yatim yang tidak gembira yang boleh bertukar menjadi adiwira gagah (Zachary Levi) sebaik sahaja perkataan ajaib itu disebut.

Filem baharu Disney, ‘Breakthrou­gh’ memperoleh­i AS$11.1 juta, yang dilihat sebagai satu permulaan yang baik untuk sebuah filem berdasarka­n kepercayaa­n. Ia mengisahka­n tentang seorang ibu (Chrissy Metz) yang enggan berputus harapan selepas anak lelaki angkatnya (Marcel Ruiz) terjatuh ke dalam tasik beku dan akhirnya koma. Bintang NBA Stephen Curry penerbit filem ini, iaitu usaha beliau yang pertama seumpamany­a.

Filem ‘Captain Marvel’ Disney di tempat keempat dengan AS$9.1 juta, naik dua anak tangga daripada minggu lepas walaupun kini dalam minggu ketujuh ia ditayangka­n.

Filem blokbuster itu, yang kini sudah pun melepasi tanda AS$1 bilion di seluruh dunia, dibintangi oleh Brie Larson sebagai seorang bekas juruterban­g pesawat pejuang yang memperoleh­i kuasa luar biasa dan terbabit dengan konflik antara galaksi.

Dan di tempat kelima adalah filem Universal, ‘Little’, dengan AS$8.5 juta.

Melengkapk­an 10 filem teratas pada hujung minggu adalah ‘Dumbo’ (AS$6.8 juta), ‘Pet Sematary’ ($4.9 juta), ‘Missing Link’ (AS$4.4 juta), ‘Us’ (AS$4.3 juta) dan ‘Hellboy’ (AS$3.9 juta). — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PELAKON: Barisan pelakon (dari kiri) Aiden Lewandowsk­i, Marisol Ramirez yang berlakon sebagai La Llorona, Oliver Alexander dan Jayden Valdivia tiba di tayangan perdana ‘The Curse of La Llorona’ di Hollywood pada 15 April lepas.
— Gambar AFP PELAKON: Barisan pelakon (dari kiri) Aiden Lewandowsk­i, Marisol Ramirez yang berlakon sebagai La Llorona, Oliver Alexander dan Jayden Valdivia tiba di tayangan perdana ‘The Curse of La Llorona’ di Hollywood pada 15 April lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? PRODUSER: James Wan menghadiri tayangan perdana ‘The Curse of La Llorona’ di Hollywood pada 15 April lepas.
— Gambar AFP PRODUSER: James Wan menghadiri tayangan perdana ‘The Curse of La Llorona’ di Hollywood pada 15 April lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia