Utusan Borneo (Sarawak)

Bashir kini meringkuk dalam penjara: Majlis Tentera Sudan

-

KHARTOUM: Ketua Majlis Peralihan Tentera Sudan (MTC) Abdel Fattah Burhan kelmarin mengesahka­n bahawa presiden Omar alBashir dan beberapa tokoh terkemuka rejim beliau kini meringkuk dalam penjara, lapor agensi berita Anadolu.

“Semua tokoh terkemuka bekas rejim, termasuk Bashir dan para komander kini semuanya meringkuk dalam penjara selain harta mereka dirampas,” kata Burhan dalam satu temu bual dengan stesen penyiar rasmi Sudan.

Burhan juga berkata wang tunai sebanyak AS$350,000; 7 juta (AS$7.8 juta) dan beberapa bilion paun Sudan telah ditemui di kediaman Bashir.

Beliau berkata tiada tahanan politik di negara itu serta tokoh kanan dalam perkhidmat­an keselamata­n dan perisikan telah dibersarak­an selepas disiasat.

MTC akan menyoal siasat sesiapa yang melakukan jenayah semasa demonstras­i baru-baru ini, katanya.

Mengulas tuntutan part politik agar kuasa diserahkan kepada kerajaan orang awam beliau berjanji akan mempercepa­t “peralihan kuasa kepada orang awam.”

Burhan berkata, “kam bukan melakukan kudeta sebaliknya satu revolusi popular dan kami tidak berhasrat untuk terus berkuasa.”

Burhan berkata beliau lebih suka jika sebuah kerajaan teknokrat dibentuk tidak lama lagi.

“Penstruktu­ran semula negara akan mengambil masa yang lama kerana isu rasuah dalam institusi negara,” katanya.

Tentera Sudan telah mengguling­kanBashir, yang telah memerintah negara itu sejak 1989 susulan tunjuk perasaan popular yang berlangsun­g selama berbulan-bulan bag menentang pemerintah­annya.

Tentera turut menubuhkan satu majlis tentera untuk mentadbir negara itu dalam tempoh peralihan selama dua tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia