Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja bantuan Britain ditembak mati, empat pelancong diculik di pusat peranginan Nigeria

-

KANO: Dua orang termasuk seorang pekerja bantuan Britain ditembak mati dan empat pelancong diculik dalam satu serangan oleh lelaki bersenjata ke atas sebuah pusat peranginan di barat laut Nigeria, kata polis kelmarin.

Polis dan agensi bantuan Mercy Corps telah menamakan wanita yang terbunuh sebagai Faye Mooney.

“Faye adalah seorang pakar komunikasi dan pembelajar­an yang berdedikas­i dan penuh minat,” kata ketua eksekutif Neal Keny-Guyer dalam satu kenyataan yang dihantar di media sosial, sambil menambah bahawa rakan setugasnya berasa sangat kecewa.

Mooney telah “bertugas dengan Mercy Corps selama hampir dua tahun, menyumbang­kan masanya untuk melakukan satu perbezaan di Nigeria”, katanya.

Lelaki bersenjata telah menyerbu pusat Kajuru Castle, 60 kilometer di tenggara Bandar Kaduna pada jam 11.40 malam waktu tempatan pada Jumaat lepas, jurucakap polis wilayah Kaduna Yakubu Sabo memberitah­u wartawan.

Rakyat Britain itu “telah ditembak dari bukit oleh beberapa penculik yang cuba untuk memasuki kubu itu namun gagal”, menurut Sabo.

“Mereka menculik kira-kira lima penduduk tempatan lain namun seorang berjaya melarikan diri,” tambahnya.

Seorang lelaki Nigeria dipercayai oleh penduduk tempatan di Kajuru sebagai rakan Mooney turut terbunuh dalam serangan ke atas pusat peranginan di mana sekumpulan 13 pelancong telah tiba dari Lagos, menurut jurucakap polis barat daya Nigeria.

Di Kaduna dan wilayah barat laut yang lebih luas, aktiviti penculikan bagi mendapatka­n wang tebusan telah menjadi semakin berleluasa, terutama di jalan ke ibu negara, Abuja, di mana serangan bersenjata berkembang maju.

Penculikan di bahagian selatan Nigeria yang kaya dengan minyak, telah lama menjadi satu cabaran keselamata­n, di mana penduduk tempatan yang kaya dan pekerja ekspatriat sering diculik.

Namun masalah itu turut meruncing di kawasan utara juga, seperti Kaduna di mana kumpulan penjenayah terdir daripada bekas pencuri haiwan ternakan telah terdorong untuk melakukan penculikan selepas tindakan ketenteraa­n terhadap kecurian ternakan.

Kajuru juga merupakan kawasan utama dalam konflik berdarah bagi sumber tanah yang terhad di negara paling ramai penduduk di Afrika, d antara penternak dan peladang, yang mendominas­i d sekitar bahagian tengah dan utara Nigeria.

Pelancong jarang terjejas akibat keganasan penternak-peladang dan pusat peranginan Kubu Kajuru telah menarik ramai pelawat asing dan tempatan.

Pada Januari, empat pelancong barat, dua rakyat Amerika dan dua rakyat Kanada diculik di Kaduna oleh lelak bersenjata dalam serangan hendap di mana dua polis pengiring mereka terkorban.

Sebelum itu pada April Presiden Muhammadu Buhari telah mengarahka­n ketua kanan keselamata­n beliau agar menangani penculikan d wilayah tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia