Utusan Borneo (Sarawak)

Keganasan di Mexico cecah ketinggian baharu dalam suku pertama 2019

-

KOTA MEXICO: Keganasan di Mexico mencecah ketinggian baharu dalam suku pertama tahun 2019, dengan 8,493 pembunuhan direkodkan sejak Januari hingga Mac, menurut angka rasmi.

Sekretaria­t Eksekutif bagi Sistem Keselamata­n Awam Negara berkata angka itu mewakili peningkata­n sebanyak 9.6 peratus dalam tempoh yang sama pada 2018.

Tahun lepas dianggap sebagai yang paling kejam dalam sejarah Mexico, dengan lebih 33,500 pembunuhan, angka paling tinggi sejak mula direkodkan pada 1997.

Rekod baharu menyangkal dakwaan oleh pemimpin haluan kiri Presiden Andres Manuel Lopez Obrador bahawa pembunuhan tidak meningkat semasa pemerintah­annya, yang bermula pada Disember.

Semasa satu acara Tentera Laut pada Ahad, Lopez Obrador mempertaha­nkan pembentuka­n Pengawal Negara, strategi utamanya bagi menentang gelombang keganasan yang membelengg­u Mexico sejak kerajaan mengumumka­n perang terhadap kartel dadah yang berkuasa di negara itu pada tahun 2006.

“Apa yang sangat membimbang­kan kami adalah menjamin keselamata­n orang awam,” katanya.

“Itulah sebab kenapa satu perubahan perlembaga­an telah dicadangka­n supaya pihak tentera dan tentera laut boleh membantu kami.”

Pengawal Negara dijangka akan mengambil alih tugas mengawal yang diserahkan kepada tentera.

Mexico merekodkan hampir 250,000 pembunuhan sejak mengerahka­n tentera, termasuk rekod tahun lepas apabila kartel yang baharu berpecah menyerang anggota tentera dan satu sama lain, dengan kemusnahan teruk yang meluas.

Lopez Obrador sudah lama menjadi pengkritik terhadap pengerahan tersebut dan berjanji akan menghentik­annya, namun sejak beliau memegang jawatannya ia masih diteruskan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SIASAT: Pakar forensik menjalanka­n tugas di mana mayat seorang lelaki ditemui terbaring di atas jalan raya di Ciudad Juarez, Mexico pada Sabtu lalu.
— Gambar AFP SIASAT: Pakar forensik menjalanka­n tugas di mana mayat seorang lelaki ditemui terbaring di atas jalan raya di Ciudad Juarez, Mexico pada Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia