Utusan Borneo (Sarawak)

Empat maut dalam cubaan gagal serang bangunan keselamata­n Arab Saudi

-

RIYADH: Empat anggota militan Daesh terbunuh kelmarin apabila pihak berkuasa menggagalk­an serangan ke atas sebuah bangunan keselamata­n negara di wilayah Riyadh di tengah Arab Saudi, pihak berkuasa memberitah­u media negara.

Empat orang itu telah melancarka­n serangan di stesen Mabaheth (perisikan domestik) di Zulfi, sebuah bandar kecil kira-kira 250 kilometer barat laut ibu negara Riyadh, kata seorang jurucakap bagi keselamata­n negara Arab Saudi.

Tiga anggota pasukan keselamata­n tercedera dalam serangan itu, kata jurucakap, sambil menambah bahawa perkhidmat­an keselamata­n sedang berdepan dengan “bahan letupan” dan barangan lain yang ditinggalk­an semasa insiden tersebut.

Video dalam talian, yang tidak dapat disahkan dengan segera oleh Reuters, menunjukka­n sebuah kereta di sebuah pos pemeriksaa­n dengan pintunya terbuka dan dua mayat dalam keadaan berdarah terbaring di atas tanah berhampira­n. Bunyi tembakan boleh didengari.

Televisyen milik Arab, Al Arabiya, berkata penyerang telah membawa mesingan, bom dan koktel Molotov.

Agensi berita rasmi Daesh, Amaq, mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan itu dalam sebuah rakaman video pada lewat kelmarin di mana empat penyerang bertopeng menjanjika­n kesetiaan kepada pemimpin Daesh Abu Bakr al-Baghdadi.

Reuters tidak dapat mengesahka­n sendiri dakwaan tersebut dan pihak berkuasa tidak mengenal pasti secara rasmi penyerang berkenaan.

Militan telah menyasarka­n bangunan keselamata­n selama beberapa tahun di Arab Saudi, pengekspor­t minyak utama di dunia, selepas pihak berkuasa membantera­s keganasan AlQaeda selama lebih satu dekad lepas.

Pada tahun lepas, seorang anggota pasukan keselamata­n dan seorang penduduk Bangladesh terbunuh dalam serangan ke atas sebuah pos pemeriksaa­n keselamata­n di Buraidah, dan seorang anggota polis terbunuh dalam serangan berasingan di bandar barat Taif. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia