Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir jejas wilayah timur Kanada

Paksa pemindahan 1,500 penduduk, 1,200 rumah rosak, seorang maut

-

MONTREAL: Banjir di timur Kanada telah memaksa pemindahan lebih 1,500 orang sementara lebih 600 anggota tentera telah dikerahkan untuk bersedia, kata pihak berkuasa kelmarin.

Cuaca panas sepanjang hujung minggu Easter telah membawa kepada banjir musim panas disebabkan oleh hujan lebat dan kecairan salji dari Ontario ke selatan Quebec dan New Brunswick.

Pihak berkuasa, yang pada mulanya bimbang akan pengulanga­n banjir teruk pada 2017 di Quebec, yang terburuk dalam tempoh setengah abad, kelihatan lebih yakin mengenai situasi pada Ahad.

“Kami adalah optimistik bagi hari-hari akan datang,” jurucakap keselamata­n awam Eric Houde memberitah­u AFP.

“Terdapat banjir yang ketara namun keseluruha­n tidak pada peringkat seperti tahun 2017, kecuali di kawasan tertentu seperti Lake St Pierre,” satu pembesaran di Sungai St Lawrence di Quebec, tambah beliau.

“Perbezaan besar daripada 2017 adalah tahap persediaan bagi pihak pebandaran dan rakyat.”

Sepanjang beberapa hari lepas, beberapa pekan telah mengerahka­n anggota sukarelawa­n dan mengagihka­n ratusan ribu beg pasir bagi membina penghadang atau melindungi rumah di kawasan yang terancam.

Beberapa kawasan yang paling terjejas adalah sekitar Ottawa dan Beauce, sebuah wilayah selatan bandar Quebec di mana hampir 800 orang telah dipindahka­n.

Lebih 1,200 rumah rosak akibat banjir di Quebec pada lewat kelmarin.

Kerajaan wilayah Quebec dan New Brunswick telah meminta bagi pasukan bantuan daripada pihak tentera.

Kira-kira 200 anggota tentera telah dikerahkan di Quebec pada lewat Sabtu, dan 400 lagi berhampira­n Ottawa, d Laval utara Montreal dan d Trois-Rivieres di antara Montreal dan Bandar Quebec.

Kira-kira 120 anggota tentera tambahan bersedia untuk dikerahkan di New Brunswick.

Pada Sabtu, banjir telah meragut mangsa pertamanya di pekan Pontiac, barat Ottawa: seorang lelaki dalam usia 70-an yang tidak menyedari bahawa jambatan telah hanyut, dan menjunamka­n keretanya ke dalam sungai d bawahnya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BANJIR: Penduduk menaiki traktor ketika mengharung­i banjir di kawasan kejiranan Rigaud, Quebec, Kanada kelmarin.
— Gambar Reuters BANJIR: Penduduk menaiki traktor ketika mengharung­i banjir di kawasan kejiranan Rigaud, Quebec, Kanada kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia