Utusan Borneo (Sarawak)

PM Sri Lanka akui terima amaran berkaitan serangan

-

ANKARA: Perdana Menteri Sri Lanka Ranil Wickremesi­nghe kelmarin berkata terdapat amaran sebelum ini berkaitan beberapa siri letupan yang menyasarka­n gereja dan hotel di Sri Lanka, lapor agensi berita Anadolu memetik akhbar Sunday Times.

Bercakap kepada pemberita di ibu kota Colombo, Wickremesi­nghe berkata sebab mengapa perkara itu tidak diambil tindakan akan disiasat.

Beliau berkata Sri Lanka menghargai bantuan negara lain berhubung kemungkina­n terdapat kaitan luar negeri pelaku tindakan pengganas itu.

Wickremesi­nghe berkata mereka mendapat tahu bahawa pelaku semuanya adalah rakyat Sri Lanka dan lapan suspek telah ditahan berkaitan serangan itu.

Sementara itu, sebutir bom buatan sendiri telah dijumpai berhampira­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Bandaranay­ake di Colombo.

“Sebatang paip PVC sepanjang dua meter yang mengandung­i bahan letupan telah ditemui,” kata jurucakap Tentera Udara Gihan Seneviratn­e.

Bom itu ditemui semasa rondaan rutin dan dimatikan serta-merta, katanya.

Menurut akhbar rasmi Sri Lanka, Daily News, sejumlah lapan letupan, enam daripadany­a meletus kelmarin pagi manakala dua lagi pada sebelah petang hari yang sama, telah dilaporkan di dalam dan di pinggir ibu kota Colombo.

Pada sebelah pagi, gereja di bandar-bandar Kochchikad­e, Negombo dan Batticaloa serta hotel-hotel Kingsbury, Cinnamon Grand dan Shangri La di Colombo telah menjadi sasaran.

Susulan letupan itu, pasukan khas polis telah dikerah ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Bandaranay­ake di Colombo untuk menghalang sebarang kemungkina­n serangan di sana.

Sejumlah 1.5 juta penganut Kristian, majoritiny­a adalah Katolik, dianggar tinggal di negara itu yang merupakan 7 peratus daripada jumlah keseluruha­n penduduk. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia