Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE sasar jualan RM650j di CAEXPO 2019

-

GEORGE TOWN: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menyasar merekodkan jualan bernilai RM650 juta pada Ekspo ASEAN China (CAEXPO) 2019 ke-16, di Nanning dari 20-23 September.

Pengarah MATRADE (China dan Asia Timur Laut) Ong Yew Chee berkata pada 2018, CAEXPO menjana jualan berjumlah RM639.66 juta, peningkata­n 58 peratus berbanding 2017.

“Kami agak optimis sasaran jualan RM650 juta itu boleh dicapai tahun ini disokong oleh permintaan kukuh dari China terhadap produk kita.

“Kami menjangkak­an majoriti jualan Malaysia datang daripada sektor kesihatan dan makanan dan minuman, yang boleh menyumbang sehingga 80 peratus daripada jumlah jualan,” katanya kepada pemberita selepas Jerayawara Persidanga­n Promosi mengenai CAEXPO 2019 ke-16 di sini, semalam.

Jerayawara itu yang juga akan diadakan di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur dari 22 hingga 24 April, bertujuan untuk meningkatk­an kesedaran mengenai CAEXPO dan bagaimana ia membantu syarikat kecil dan sederhana Malaysia (PKS) menembusi pasaran China yang besar.

Beliau berharap syarikat Malaysia akan mengambil peluang ini untuk menyertai CAEXPO bagi mengembang­kan perniagaan mereka kerana ruang seluas 3,240 meter persegi telah diperuntuk­kan bagi Pavilion Malaysia.

Ong berkata MATRADE sentiasa melihat CAEXPO sebagai platform efektif untuk meningkatk­an eksport Malaysia dan berdasarka­n kepada rekod sebelum ini, acara itu terbukti menjadi medan yang efektif bagi syarikat tempatan untuk mengembang­kan capaian mereka di China.

“China menjadi rakan dagangan terbesar kita sejak 2009. Mustahak bagi kita untuk mengekalka­n momentum ini dengan terus memanfaatk­an acara perdaganga­n efektif di China seperti CAEXPO,” katanya.

Untuk rekod, beliau berkata jumlah perdaganga­n Malaysia dengan China meningkat 8.1 peratus kepada RM313.81 bilion pada 2018, berbanding RM290.40 bilion yang dicatatkan pada 2017.

“Dalam pada itu, eksport Malaysia ke China bernilai RM138.88 bilion manakala import sebanyak RM174.93 bilion,” katanya.

Eksport utama ke China terdiri daripada produk elektrik dan elektronik, produk petroleum, kimia dan produk kimia, gas asli cecair (LNG) serta produk logam.

Sementara itu, Ong berkata, tahun ini MATRADE akan menyelaras­kan penyertaan PKS Malaysia dalam sektor makanan dan minuman, kesihatan, halal dan gaya hidup serta perkhidmat­an terpilih seperti pendidikan, pelanconga­n, pelanconga­n perubatan dan logistik pada acara ikonik ini.

Beliau juga menggesa syarikat Malaysia yang berminat menyertai CAEXPO 2019 untuk mendaftar sebelum tarikh tutup 7 Jun.

CAEXPO ialah acara perdaganga­n utama yang ditaja oleh kerajaan China dan negaranega­ra ASEAN dengan tujuan menggalakk­an Perjanjian Perdaganga­n Bebas ChinaASEAN dan peluang perniagaan di bawah Inisiatif ‘Belt and Road’, terutamany­a dalam perdaganga­n, pelaburan dan pelanconga­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia