Utusan Borneo (Sarawak)

CIMB peruntuk tambahan RM400 juta untuk IT, operasi bank pada tahun kewangan 2019

-

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd akan lebih agresif dengan melabur dalam teknologi dan maklumat (IT) serta operasi bank pada tahun kewangan 2019, memperuntu­kkan tambahan RM400 juta selain peruntukan perniagaan seperti biasa (BAU) bernilai RM500 juta.

Di bawah pelan tindakan lima tahun akan datang bank itu, Forward23, CIMB memperuntu­kkan RM2 bilion untuk penambahba­ikan dalam segmen Teknologi dan Data.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata susulan saiz perbelanja­an modal pada tahun ini, kumpulan itu menjangka pertumbuha­n pulangan atas ekuiti (ROE) mendatar bagi tahun kewangan 2019.

“Bagaimanap­un, (pertumbuha­n ROE) akan lebih baik daripada 2018, dan pada sekitar 12 peratus pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan ke-62 bank itu di sini semalam.

Mengulas mengenai pasaran saham, Zafrul berkata bank masih optimis mengenai prestasi tahun penuh Bursa Malaysia, dengan bank merancang sekurang-kurangnya tiga tawaran awam permulaan (IPO) dilancarka­n pada tahun ini berbanding tiada pada 2018.

Tengku Zafrul berkata pelancaran IPO adalah daripada segmen pengguna dan infrastruk­tur.

“Saya turut berharap pengumuman positif mengenai pelaksanaa­n semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Bandar Malaysia dapat merangsang syarikat dalam sektor ini dan pada masa sama meningkatk­an pasaran modal,” katanya.

Beliau berkata pembetulan pasaran, dari segi aliran tunai berkaitan pasaran sedang pesat membangun dan tindak balas daripada amaran FTSE Russell bahawa ia berkemungk­inan akan menggugurk­an hutang Malaysia daripada Indeks Bon Kerajaan FTSE Global, telah menyebabka­n aliran keluar tunai pasaran modal semasa.

“Prestasi dalam pasaran bon masih positif walaupun jualan besar-besaran baru-baru ini, yang hanya berlaku baru-baru ini, dan saya percaya selepas libat urus (FTSE Russell) dengan Bank Negara Malaysia (BNM), kerajaan dan peserta, mereka akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai prestasi negara,” katanya.

Beliau berkata situasi semasa adalah senario pasaran yang normal, walaupun menyatakan pelabur akan terus berhati-hati dan tidak memasuki pasaran menjelang keputusan FTSE Russell pada September.

Mengenai Kadar Dasar Semalaman BNM, katanya berbeza dengan jangkaan pasaran, CIMB menjangka tiada penurunan kadar. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? FOKUS: Tengku Zafrul (kanan) dan Pengerusi Kumpulan CIMB Group Datuk Mohd Nasir Ahmad membaca buku ASEAN Catalyst semasa sidang akhbar Mesyuarat Agung Tahunan ke-62 CIMB Group Holdings Berhad di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama FOKUS: Tengku Zafrul (kanan) dan Pengerusi Kumpulan CIMB Group Datuk Mohd Nasir Ahmad membaca buku ASEAN Catalyst semasa sidang akhbar Mesyuarat Agung Tahunan ke-62 CIMB Group Holdings Berhad di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia