Utusan Borneo (Sarawak)

Saham MRCB meningkat susulan projek Bandar Malaysia diteruskan

-

KUALA LUMPUR: Saham Malaysian Resources Corporatio­n Bhd’s (MRCB) berada pada aliran meningkat semalam berikutan projek Bandar Malaysia diteruskan.

MIDF Research semalam mengekalka­n saranan ‘beli’ terhadap MRCB dengan harga sasaran (TP) dilaraskan kepada RM1.05 daripada 90 sen sebelum ini.

Katanya, meskipun butiran projek Bandar Malaysia masih sedikit, ia percaya terdapat banyak peluang berdasarka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) terbaru yang dianggarka­n RM140 bilion.

Ia positif apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyebut mengenai penyertaan Bumiputera dan penggunaan banyak kandungan tempatan akan diberi keutamaan sepanjang pelaksanaa­n projek itu.

“Kami fikir MRCB berada di kedudukan baik untuk turut serta dalam projek ini, berdasarka­n rekodnya dalam pembinaan PJ Sentral dan KL Sentral sebagai pemaju pengangkut­an,” kata MIDF Research dalam nota penyelidik­an semalam.

Dalam anggaran awal, katanya GDV Bandar Malaysia dilaporkan bernilai RM200 bilion dan akan dibangunka­n dalam tempoh 25 tahun.

Pembanguna­n di tapak seluas 486 ekar (196.677 hektar) di pangkalan tentera udara Sungai Besi yang lama itu, akan membabitka­n pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD), hab perniagaan global dan destinasi runcit gaya hidup.

Menurutnya, keseluruha­n pembanguna­n itu akan berpotensi mengambil masa lebih 15-25 tahun.

Sementara itu, MRCB sebelum ini menandatan­gani memorandum persefaham­an bagi TOD Bandar Malaysia pada Januari 2017 dengan Wondrous Vista Developmen­t Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd.

“Susulan Bandar Malaysia dihentikan pada Mei 2017, kami percaya perjanjian sepatutnya telah luput, kerana ia hanya sah selama enam bulan,” kata MIDF Research.

Pada jam 11.42 pagi, saham MRCB naik 8.33 peratus atau lapan sen kepada RM1.04 dengan 36.42 juta saham didagangka­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia