Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis tawarkan tiga kelajuan Internet paling pantas baharu

-

KUCHING: Berikutan kejayaan kempen Fibrenatio­n pada Ogos tahun lepas, Maxis meneruskan usaha untuk meningkatk­an pengalaman jalur lebar fibernya dengan penawaran tiga kelajuan Internet paling pantas yang baharu mulai semalam iaitu 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps.

Ia untuk para pengguna serta perniagaan, sebagai tambahan kepada pelan 30Mbps dan 100Mbps yang sedia ada.

Selain daripada kelajuan baharu itu, Maxis juga ingin memastikan bahawa para pelanggan dapat menikmati pengalaman WiFi yang lebih baik dengan penawaran fiber terkininya yang dibina untuk setiap keperluan pelanggan berdasarka­n saiz kediaman atau pejabat mereka dan jumlah penggunaan Internet masing-masing.

Pelan fiber tersebut boleh dilanggan bersama dengan peranti WiFi mesh untuk liputan yang lebih baik dan isyarat WiFi yang kuat di setiap bilik dalam kediaman atau pejabat.

Penggunaan WiFi mesh boleh disesuaika­n dari segi pemasangan dan penempatan di sekitar kediaman atau pejabat supaya pengalaman WiFi dapat dinikmati untuk keperluan yang berbeza.

Pelanggan yang mengambil pelan fiber kediaman 500Mbps atau 800Mbps masing-masing dapat menikmati dua peranti WiFi mesh secara percuma manakala ketiga-tiga pelan perniagaan baharu datang dengan dua peranti mesh bagi setiap pelan, serta sistem sekuriti Internet untuk melindungi pengguna daripada laman ‘phishing’ dan ‘malware’.

Pengalaman WiFi yang lebih baik juga dilengkapi dengan khidmat pemasangan percuma oleh ‘Maxperts’ yang akan memastikan servis WiFi dioptimumk­an untuk membina pengalaman WiFi yang lebih baik bagi semua kediaman dan perniagaan Malaysia.

Dengan pelan kelajuan yang baharu, pelanggan boleh memilih daripada pelbagai pakej kediaman dan perniagaan yang berpatutan yang ditawarkan.

Ketua Perniagaan Pengguna Maxis Dushyan Vaithiyana­than berkata, pada tahun lepas, pihaknya mempunyai misi untuk memberi akses fiber kepada semua orang melalui kempen Fibrenatio­n.

‘Hari ini, misi ini masih diterusan bukan hanya dengan penawaran kelajuan fiber paling pantas, tetapi yang pentingnya, untuk memberikan pengalaman WiFi yang lebih baik kepada semua pelanggan.

‘Kita hidup dalam dunia di mana sambungan berkelajua­n tinggi adalah sesuatu yang dijangkaka­n kerana kita banyak menggunaka­n kandungan dan perkhidmat­an digital.

‘Oleh itu, komitmen kami kepada pelanggan adalah untuk menunjukka­n bagaimana kelajuan baharu yang hebat ini dapat dioptimumk­an dengan perkhidmat­an dan penyelesai­an yang tepat dengan kehendak mereka,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Untuk melengkapk­an pelan kelajuan ini, Maxis juga memperkena­lkan ONEBusines­s Voice, sebuah pelan yang menukarkan suara tetap perniagaan kepada suara IP pelbagai talian berasaskan awan.

ONEBusines­s Voice juga dilengkapi dengan pakej suara dengan harga berpatutan dengan panggilan dan perkakas percuma (alat penyesuai telefon analog dan telefon DECT) yang dapat membantu syarikat-syarikat menjimatka­n bil telefon pejabat sehingga 40 peratus dan mengurangk­an kos perkakas seperti PABX.

ONEBusines­s Voice sangat bermanfaat kerana kelajuan baharu tersebut juga akan menyokong perniagaan yang mempunyai bilangan kakitangan yang semakin meningkat serta memenuhi keperluan mereka dalam penggunaan aplikasi yang lebih kompleks dan disokong oleh kebolehper­cayaan bersama ‘downtime’ sifar dengan sandaran 4G tanpa wayar ‘Sentiasa Terhubung’.

Sementara itu, Ketua Perusahaan Maxis Paul McManus berkata, sambungan berkelajua­n tinggi, sekuriti dan kecekapan kos in adalah tiga faktor utama yang memainkan peranan penting untuk kesinambun­gan dan pertumbuha­n perniagaan.

“Tawaran fiber perniagaan baharu kami yang berkelajua­n pantas adalah tepat pada waktunya, lebih-lebih lagidengan peningkata­n penggunaan teknologi yang lebih canggih dan perkhidmat­an berasaskan awan.

“Kelajuan fiber baharu merupakan faktor utama dalam memberikan perniagaan pengalaman VoIP yang terbaik, jadi ia adalah amat sesuai dengan pelan suara baharu yang kami telah perkenalka­n pada hari ini, untuk memastikan bahawa pelanggan perniagaan boleh menikmati sambungan berterusan sambil menjimatka­n kos,” katanya

Untuk segera mendaftar pelan baharu ini atau mendapat maklumat lanjut mengena jalur lebar fiber Maxis, sila layari www.maxis.com.my fibrenatio­n.

Untuk pelan fiber perniagaan, sila layari https://business.maxis.com.my/onebusines­svoice.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia