Utusan Borneo (Sarawak)

BPHB pelabuhan ketiga terbesar kendalikan kargo di Malaysia

Model perniagaan sangat kukuh, mempunyai pelanggan berdedikas­i

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Pelabuhan Bintulu di bawah Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) muncul sebagai pelabuhan ketiga terbesar dalam mengendali­kan kargo di Malaysia.

Malah menurut pengerusin­ya, Tan Sri Dr Ali Hamsa, pelabuhan ini juga menghantar kargo terbesar antara pelabuhan di Malaysia Timur.

“Bermula dengan pelabuhan gas cecair (LNG), sekarang kita dapat lihat sektor bukan LNG mencatatka­n lebih daripada 50 peratus daripada keseluruha­n penghantar­an kargo bagi tahun 2018.

“Tahun sebelumnya (2017), sektor LNG menyumbang 54 peratus daripada keseluruha­n penghantar­an kargo.

“Dalam hal ini, Samalaju Industrial Port Sdn Bhd (SIPSB) terus menunjukka­n sumbangan positif dengan peningkata­n ketara 59.7 peratus penghantar­an kargo pada tahun 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-23 BPHB di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB Dato Mohammad Medan Abdullah berkata, dari segi prestasi, syarikat berada pada landasan yang tepat.

Syarikat katanya juga telah mengambil beberapa strategi dan tidak terlalu bergantung kepada satu kargo sahaja iaitu LNG seperti masa lalu.

“Kami telah mempelbaga­ikan kargo dan pendapatan kami dan telah melabur di pelabuhan baharu iaitu Pelabuhan Perindustr­isan Samalaju (SIP) serta membina kapasiti untuk menampung keperluan SIP.

“Model perniagaan kami sangat kukuh, malah di Bintulu kami ada pelanggan yang berdedikas­i menggunaka­n pelabuhan kami begitu juga dengan SIP,” katanya.

BPHB terdiri daripada tiga anak syarikat iaitu Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB), Biport Bulkers Sdn Bhd (BBSB) dan SIPSB.

Kumpulan BPHB mengendali­kan penghantar­an 48.43 juta tan kargo pada tahun 2018 sedikit menurun berbanding 50.58 juta tan pada tahun 2017.

Bagaimanap­un, sektor kargo bukan LNG khususnya kontena minyak sawit dan pukal kering telah menunjukka­n prestasi memberangs­angkan dengan keseluruha­n pertumbuha­n 6.6 peratus.

Kumpulan turut mencatatka­n perolehan RM686.14 juta bagi kewangan tahun berakhir 31 Disember 2018, meningkat 0.93 peratus atau RM6.32 juta berbanding pulangan tahun 2017 sebanyak RM679.82 juta.

Turut hadir pada mesyuarat dan sidang media semalam, Ahli Lembaga Pengarah BPHB Datuk Nasarudin Idris dan Setiausaha Syarikat BPHB Abu Bakar Husaini.

 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? LAPORAN TAHUNAN: Nasarudin, (dari kanan) Ali dan Medan menunjukka­n laporan tahunan BPHB bagi tahun 2018 selepas AGM dan sidang media di Kuching semalam. Turut kelihatan Abu (kiri).
— Gambar Muhd Rais Sanusi LAPORAN TAHUNAN: Nasarudin, (dari kanan) Ali dan Medan menunjukka­n laporan tahunan BPHB bagi tahun 2018 selepas AGM dan sidang media di Kuching semalam. Turut kelihatan Abu (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia