Utusan Borneo (Sarawak)

Public Bank sasar lulus RM50b pinjaman gadai janji

-

KUALA LUMPUR: Public Bank Group menyasar untuk meluluskan pinjaman gadai janji bernilai RM50 bilion serta pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS) RM40 bilion dalam tempoh tiga tahun.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Tay Ah Lek berkata sebagai pemberi pinjaman domestik terbesar bagi kedua-dua segmen itu, syarikat komited untuk menyokong pemilikan rumah dan pertumbuha­n sektor PKS di negara ini.

Beliau berkata portfolio pinjaman rumah dan PKS bagi syarikat itu masing-masing bernilai RM110 bilion dan RM69 bilion setakat akhir 2018.

Pada tahun lepas sahaja, nilai pinjaman rumah berjumlah RM16 bilion dan PKS pula sebanyak RM11 bilion telah diluluskan, katanya semasa mesyuarat agung tahunan ke53 syarikat itu, semalam.

Keseluruha­nnya,PublicBank Group mencatatka­n pertumbuha­n pinjaman 4.2 peratus pada 2018, disokong terutamany­a oleh segmen korporat.

“Syarikat sentiasa menyasarka­n untuk meningkatk­an portfolio pinjaman sejajar dengan aliran industri, khususnya dalam segmen pengguna runcit dan PKS,” katanya.

Tay berkata 2019 akan menjadi tempoh yang lebih mencabar bagi operasi pihaknya, dengan syarikat mahu memperting­kat inovasi dan penggunaan teknologi.

Sepanjang tiga tahun lepas, Public Bank Group melabur kira-kira RM400 juta dalam berkaitan teknologi maklumat, termasuk RM90 juta bagi tujuan teknologi berkaitan teknologi kewangan.

“Bagi tempoh tiga tahun akan datang, kami akan memperuntu­k RM600 juta bertujuan menambah baik infrastruk­tur teknologi maklumat dan komunikasi, kapasiti dan pengetahua­n digital.”

Mengenai pengembang­an di luar negara, syarikat itu merancang untuk membuka lapan cawangan di Vietnam tahun ini bagi memperluas kedudukan Public Bank Group di negara berkenaan.

Mengenai dasar peningkata­n ganjaran, Tay berkata pihaknya sedang melaksanak­an penambahba­ikan ke atas bentuk dan struktur rangka kerja sedia ada.

“Ini termasuk rangka kerja ganjaran berbilang tahun untuk menilai prestasi pengurusan kanan serta pihak penilai risiko utama lain, yang juga merangkumi penangguha­n dan penggantun­gan ganjaran serta pengubahsu­aian gabungan ganjaran yang sewajarnya untuk mencermink­an penjajaran risiko,” katanya.

Syarikat ini juga menjangkak­an kesan bersifat tidak ketara dan sementara ke atas keuntungan keseluruha­nnya sekiranya penguranga­n kadar dasar semalaman (OPR) dilaksanak­an.

Beliau berkata impak sementara itu disebabkan tempoh bagi menetapkan semula harga ke atas deposit tetap sedia adanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia