Utusan Borneo (Sarawak)

Super membekalka­n tenaga kepada rakyat Malaysia

-

KUALA LUMPUR: JDE Super, salah satu daripada pengeluar minuman segera terkemuka di Asia, sentiasa berusaha mencapai misinya untuk menghasilk­an produk lazat dan menyediaka­nnya dengan cara yang menggembir­akan pengguna dalam kehidupan harian mereka.

Pada bulan ini, Super ingin memastikan para peminatnya tersenyum lebar apabila mereka mengunjung­i Kedai Rasmi Super di Shopee untuk membeli produk campuran kopi segera, campuran bijirin segera, campuran teh segera dan juga mi dalam cawan.

Inilah masanya untuk merebut produk kegemaran yang laris seperti Super Charcoal Roasted White Coffee perisa Klasik dan Kacang Hazel yang menggunaka­n biji kopi Arabica dan Robusta bermutu tinggi dan Super Red Date dan Longan Tea (Teh Kurma Merah dan Longan), adunan teh asli yang menyegarka­n.

Tawaran lebih hebat boleh didapati dari 25 hingga 27 Mac di mana pembeli akan menerima diskaun tambahan 20 peratus bagi pembelian minimum RM68, dan potongan RM5 dengan pembelian minimum RM15, yang terhad hanya kepada 100 penebusan sehari, tertakluk kepada terma dan syarat.

Di samping itu, peminat Super boleh mengambil kesempatan ini untuk mencuba produk terbaharu yang dilancarka­n Super menerusi platform e-dagang yang hanya boleh didapati dalam talian.

Di bawah jenama kopi OWL, Super memperkena­lkan siri Kopitiam yang dinikmati oleh penggemar kopi apabila mereka mengunjung­i kedai kopi.

Pilihan yang ditawarkan termasuk Kopitiam Kopi Siew Dai, Kopitiam Kopi-C Kosong, Kopitiam Traditiona­l Blend dan Kopitiam Kopi-O.

Bukan itu sahaja manfaatnya, mereka yang membeli produk di bawah rangkaian Super Coffee, Super Charcoal Roasted White Coffee Super Power, NutreMil Cereal, Super Tea Infusions dan Super Milk Tea layak untuk menyertai peraduan Super Dream Holiday, yang diadakan dari sekarang hingga 31 Mei 2019.

Pelanggan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM100,000, daripada ganjaran setiap hari sepert kamera, fon kepala Bluetooth dan baucar serta hadiah utama berupa percutian impian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia