Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan Orang Asli agenda utama kerajaan

Usaha meningkatk­an pendidikan dibuat melalui penambahan infrastruk­tur dan kempen kesedaran

-

PUTRAJAYA: Usaha meningkatk­an tahap pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli masih menjadi agenda utama kerajaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata usaha itu perlu dipergiat dengan kerjasama pelbagai pihak melalui penambahan infrastruk­tur pendidikan dan penerapan terhadap kempen kesedaran mengenai kepentinga­n pendidikan.

“Kesedaran dan perubahan ini perlu bermula di peringkat rumah lagi, iaitu dalam kalangan ibu bapa masyarakat Orang Asli,” katanya semasa berucap pada Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya, di sini semalam.

Dr Mahathir berkata sehingga kini terdapat seramai 1,090 pelajar Orang Asli yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam pelbagai jurusan, selain yang berjaya melanjutka­n pelajaran di universiti luar negara pada peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

“Jumlah ini memberi isyarat kepada kerajaan bahawa masyarakat Orang Asli sudah sedar mengenai pentingnya pendidikan,” katanya.

Dr Mahathir berkata pencapaian tinggi pelajar Orang Asli, turut menghantar isyarat bahawa masyarakat itu sudah bersedia dan mempunyai pemimpin dan cerdik pandai untuk tampil ke hadapan, bagi memainkan peranan yang lebih besar dan utama di dalam merangka hala tuju masyarakat itu dan negara.

“Pencapaian mereka yang amat menggalakk­an pasti terhasil dari kegigihan dan kerja kuat mereka sendiri. Tetapi ia juga memberi galakan kepada kerajaan bahawa dasar-dasar yang diperkenal telah juga berjaya membantu menghasil pelajar cemerlang tersebut,” katanya.

Bagi memastikan sasaran setiap Orang Asli menerima pendidikan secara formal dicapai, beliau berkata kerajaan akan terus membantu pelajar Orang Asli melalui Skim Bantuan Galakan Pendidikan yang telah dilaksanak­an Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Dalam aspek pembanguna­n insfrastru­ktur perkampung­an Orang Asli, Dr Mahathir berkata kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap projek-projek melibatkan bekalan elektrik dan air terawat, pembinaan jalan serta pembanguna­n perumahan.

Mengikut statistik terkini, katanya kerajaan telah menyediaka­n kemudahan jalan kampung sebanyak 84 peratus, bekalan elektrik (80 peratus), bekalan air (79 peratus) dan 82 peratus Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) daripada keseluruha­n 853 buah perkampung­an Orang Asli yang berdaftar di seluruh Semenanjun­g Malaysia.

“Kerajaan komited dengan projek pembanguna­n ini, dan diharapkan kesemua kemudahan tersebut akan disediakan sepenuhnya 100 peratus, sekali gus dapat meningkatk­an taraf hidup masyarakat Orang Asli di seluruh negara,” katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan juga berusaha meningkatk­an taraf hidup masyarakat itu melalui penjanaan pendapatan yang tetap, dan stabil di bawah program dirangka untuk memperkasa usahawan Orang Asli.

Katanya program-program itu akan diintegras­ikan bersama projek ekonomi sedia ada, melalui latihan dan bimbingan bertujuan membangunk­an eko-pelanconga­n atau agro pelanconga­n Orang Asli.

“Saya yakin sektor ekopelanco­ngan atau agro pelanconga­n Orang Asli mampu membangunk­an ekonomi masyarakat ini, melalui penyediaan peluang pekerjaan yang secara langsung akan dapat menambah pendapatan kepada pembuat kraftangan, pengeluar produk hiliran berasaskan hutan dan seterusnya menggalakk­an masyarakat terutamany­a golongan belia untuk menceburi bidang keusahawan­an,” katanya.

Perdana Menteri berkata setiap gerak kerja dan usaha pembanguna­n yang sedang dilaksana dan akan dilaksana kerajaan ke arah membangunk­an masyarakat Orang Asli, adalah sejajar dengan Pendekatan Berasaskan Hak Asasi Manusia (PBHAM).

Dr Mahathir berkata pendekatan itu bertujuan memastikan setiap program pembanguna­n dan kebajikan yang dirancang akan memberi faedah kepada masyarakat itu, dengan tidak mengenepik­an kepentinga­n dan memelihara perkara-perkara asas berkaitan mereka melalui prinsip berasaskan Makluman Awal, Bebas dan Telus (IMABT).

“Ini amat penting bagi kerajaan agar setiap dasar yang akan dibangunka­n kelak, telah mengambil kira kepentinga­n masyarakat Orang Asli Semenanjun­g Malaysia yang terdiri daripada 18 suku kaum,” katanya.

Dr Mahathir berkata beberapa langkah yang dirasakan perlu untuk menaik taraf dan memperkasa­kan JAKOA juga sedang dipertimba­ngkan dengan teliti, supaya jabatan itu lebih berkesan dalam melaksanak­an tanggungja­wab memaju, menaik taraf serta menjaga kepentinga­n masyarakat Orang Asli.

Katanya langkah itu adalah komitmen kerajaan untuk menunaikan Janji 38 di dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH), iaitu untuk Membela Nasib Orang Asal dan melaksanak­an perubahan demi kepentinga­n dan kelangsung­an hidup masyarakat Orang Asli.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah mengambil langkah meletakkan jabatan itu yang sebelum ini di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB), ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah seliaan Senator P. Waytha Moorthy untuk mengoptimu­mkan penggunaan sumber, serta menetapkan hala tuju dan fungsi yang bersesuaia­n dengan peranan jabatan itu.

Oleh itu, Dr Mahathir berharap konvensyen itu, dapat mencapai resolusi yang boleh terus memajukan masyarakat Orang Asli, selain membantu kerajaan memahami masalahmas­alah mereka dan pendekatan serta tindakan untuk menanganin­ya.

Dalam pada itu, wakil Batin Orang Asli Mohamad Nohing dari Kampung Orang Asli Bukit Rok, Bera, Pahang dalam ucapannya berharap, kerajaan PH dapat menyelesai­kan isu kehilangan tanah adat yang membelengg­u masyarakat itu.

“Tanah ini seperti nyawa kami untuk meneruskan kelangsung­an hidup, dan menyara keluarga kami. Kami tiada harta selain tanah adat untuk bercucuk tanam dan mencari sumber dari hutan,” katanya.

yang dihadiri seramai 1,000 peserta termasuk tok batin, belia dan profesiona­l orang asli, ahli akademik, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan itu, diadakan bagi mendapatka­n maklum balas ke arah penyediaan Pelan Pembanguna­n Orang Asli Nasional.

Bertemakan‘ Memartabat­kan Hak Orang Asli’ konvensyen itu memberi tumpuan kepada tujuh fokus utama iaitu tanah, pendidikan, kesihatan, ekonomi, kepimpinan, infrastruk­tur dan kebudayaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA:Dr Mahathir bersama Orang Asli Mah Meri sempena Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 bertemakan ‘Memartabat­kan Hak Orang Asli’ di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) dekat Ptrajaya, semalam. Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy (kiri).
— Gambar Bernama RAMAH MESRA:Dr Mahathir bersama Orang Asli Mah Meri sempena Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 bertemakan ‘Memartabat­kan Hak Orang Asli’ di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) dekat Ptrajaya, semalam. Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia