Utusan Borneo (Sarawak)

Orang Asli akan dilantik sebagai anggota lembaga pengarah Tourism Malaysia dan Kraftangan Malaysia

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pelanconga­n Seni Dan Budaya (MOTAC) akan melantik kalangan Orang Asli sebagai anggota lembaga pengarah di agensinya iaitu di Tourism Malaysia dan Kraftangan Malaysia, kata Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata ia dipertimba­ngkan selepas mengambil kira produk ekopelanco­ngan di kawasan penempatan Orang Asli dan penghasila­n produk berkualiti golongan Orang Asli dalam negara.

“Langkah itu juga bagi menyahut seruan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 di Putrajaya hari ini (semalam) yang mahukan produk kraf tangan Orang Asli diketengah­kan dan dipasarkan di kawasan tumpuan pelancong, katanya.

“Ia (pelantikan) akan dilakukan segera,” katanya dalam kenyataan semalam, sambil menambah perbincang­an lanjut akan dibuat bersama agensi terlibat bagi mengenal pasti kerusi anggota lembaga pengarah yang boleh diisi Orang Asli.

Mohamaddin berkata wakil masyarakat Orang Asli perlu berada dalam komuniti MOTAC untuk berkongsi idea dan memasarkan produk kraf secara lebih holistik.

Mohamaddin berkata antara tumpuan MOTAC kini adalah produk ekopelanco­ngan dan kraf kerana ia menjadi antara tarikan pelancong yang berkunjung ke Malaysia.

Dari sudut produk ekopelanco­ngan, katanya kebanyakan kawasan penempatan Orang Asli sememangny­a menepati ciri-ciri ekopelanco­ngan dan inap desa yang selayaknya dipromosik­an.

“Sudah semestinya di Malaysia ini, Orang Asli adalah golongan yang amat mahir dengan alam sekitar dan penempatan mereka yang kebanyakan­nya berada di kawasan bukit bukau adalah produk ekopelanco­ngan terbaik,”katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Mohamaddin bergambar bersama media selepas sidang media sempena setahun Pakatan Harapan di Kementeria­n Pelanconga­n Seni dan Budaya (MOTAC), dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Mohamaddin bergambar bersama media selepas sidang media sempena setahun Pakatan Harapan di Kementeria­n Pelanconga­n Seni dan Budaya (MOTAC), dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia