Utusan Borneo (Sarawak)

Tabika Perpaduan di empat daerah jadi perintis Kelab CELIK

-

BATU PAHAT: Tabika Perpaduan di empat daerah iaitu di Johor, Bahru, Muar, Kulai dan Kluang terpilih untuk menjadi perintis kepada pelaksanaa­n Kelab Cendekiawa­n Cilik (CELIK), yang akan menggabung­kan pelbagai aspek bagi melahirkan kanakkanak yang aktif.

Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Baharin Idris berkata program yang turut dikenali sebagai 3L (like, love and learning) itu dibangunka­n secara kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Katanya program itu menyasarka­n penyertaan kanakkanak berusia bermula empat hingga enam tahun yang juga merupakan murid yang telah mendaftar dengan Tabika Perpaduan.

“Kelab ini (CELIK) akan berperanan sebagai satu pusat penggabung­an semua aktiviti akademik dan juga aktiviti bukan akademik, seperti galakan membaca, menuntut ilmu, sukan dan juga aktiviti sosial.

“Ia juga akan berperanan menarik minat bagi kanakkanak tabika ini untuk aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan di peringkat sekolah, lokaliti dan masyarakat,” katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Penutup Seminar Kecemerlan­gan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor 2019, di Dewan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat, yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasiona Johor, Safidah Abu Samah.

Menurut Baharin lagi sekiranya pilot projek Kelab CELIK ini berjaya dilaksanak­an di empat daerah berkenaan, ianya akan terus dikembangk­an di ke semua 206 Tabika Perpaduan di negeri Johor, seterusnya menjad rujukan kepada yang lain, d negara ini.

“Selain UTM, pelan Kelab CELIK ini turut dibangunka­n oleh Community Developmen­t and Education Research Group (CDE), Creative and Innovative Technology in Education (CITE) dan Lifelong Education and Assessment (LLEA),” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Baharin (baris kedua tengah) bergambar bersama tenaga pengajar Tadika Perpaduan yang cemerlang pada Perasmian Penutup Seminar Kecemerlan­gan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor 2019 di Dewan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat, dekat Batu Pahat, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Baharin (baris kedua tengah) bergambar bersama tenaga pengajar Tadika Perpaduan yang cemerlang pada Perasmian Penutup Seminar Kecemerlan­gan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor 2019 di Dewan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Batu Pahat, dekat Batu Pahat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia