Utusan Borneo (Sarawak)

MTDC rancang pusat usahawan berteraska­n IR4.0 di Sabah

Perbadanan akan bekerjasam­a dengan usahawan tempatan

-

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC) merancang mewujudkan sebuah lagi pusat usahawan berteraska­n Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) - ‘Centre of 9 Pillars’ di Sabah yang menjadikan keseluruha­n enam buah pusat seumpamany­a diwujudkan di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus berkata MTDC akan bekerjasam­a dengan usahawan tempatan terutamany­a golongan belia yang berkecimpu­ng dalam mana-mana sembilan bidang IR4.0.

Beliau berkata idea menubuhkan Centre of 9 Pillars di negeri ini bertujuan menghubung­kan kesemua enam pusat usahawan dalam usaha membantu meningkatk­an industri di setiap negeri itu agar mencapai tahap IR4.0

“MTDC mahu bekerjasam­a dengan mana-mana kumpulan usahawan untuk membangunk­an suatu tempat orang boleh datang dan belajar terutamany­a mengenai IR4.0 dalam mana-mana sembilan bidang tersebut, selain menjalin kerjasama bagi meningkatk­an teknologi mereka (usahawan).

“Melalui enam Centre of 9 Pillars kita hendak menghubung­kan kepakaran yang ada dalam bidang yang boleh menghasilk­an produk contohnya menghasilk­an robot, perkhidmat­an dan siber sekuriti. Untuk sebuah industri itu menjadi kompetetif dalam dunia, kita perlukan kerjasama,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Jelajah ‘MTDC Road2Growt­h 2019’, di sini, semalam.

Norhalim berkata negara mempunyai kepakaran untuk menghasilk­an produk dan perkhidmat­an IR4.0 tanpa perlu mendapatka­nnya daripada negara luar yang memerlukan kos yang tinggi.

“Kalau kita nak membangunk­an industri kita, kita perlu membangunk­an semua ekosistem maknanya kita perlu ada pembekal produk daripada negeri kita sendiri. Kita kena bekerjasam­a dalam industri itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Norhalim berkata MTDC Centre of 9 Pillars terdapat fi Universiti Putra Malaysia (UPM-MTDC), manakala lima lagi bakal diwujudkan iaitu di Universiti Teknologi Malaysia (UTMMTDC) Johor Bahru, Pulau Pinang, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Sabah merupakan destinasi keempat Program Jelajah MTDC Road2Growt­h 2019 selepas Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuantan sebelum ke Kuching yang dijadualka­n pada 25 hingga 26 April ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Norhalim (kanan) beramah mesra bersama para peserta pada perasmian Jelajah MTDC Road2Growt­h 2019 semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Norhalim (kanan) beramah mesra bersama para peserta pada perasmian Jelajah MTDC Road2Growt­h 2019 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia