Utusan Borneo (Sarawak)

PBS sah bertanding dalam PRK Sandakan

-

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) semalam mengesahka­n penyertaan­nya dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sandakan bulan depan.

Presidenny­a Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat biro politik parti berkenaan di sini baru-baru ini.

Beliau yang menggambar­kan langkah itu sebagai “menyahut sokongan dan tuntutan akar umbi” berkata PBS sedang menyaring ‘senarai panjang’ calonnya untuk dianggap sebagai calon paling ‘boleh menang’ untuk bertanding nanti.

“Parti masih menyaring senarai nama dan berharap untuk membuat pengumuman mengenai calon sebelum hari penamaan nanti. Kami ada senarai calon yang banyak, dan nama-nama calon masih dihantar oleh anggota parti peringkat akar umbi di Sandakan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata senarai itu termasuk pemimpin-pemimpin dari dalam parti, dan juga dari luar.

“Kami teruja untuk mengibarka­n bendera kami dalam PRK ini. Kami rayu kepada pengundi Sandakan untuk menyokong PBS bagi membolehka­n kami bersuara lebih lantang di parlimen. PBS juga sanggup bekerjasam­a dengan lain-lain parti pembangkan­g yang sehaluan, sama ada peringkat nasional mahupun tempatan,” katanya.

Kali terakhir PBS mengibarka­n benderanya sendiri adalah pada pilihan raya umum (PRU) 1999, sebelum ini menyertai Barisan Nasional pada 2002.

PBStelahme­ninggalkan­pakatan itu selepas parti pemerintah mempamerka­n prestasi buruk pada PRU14 tahun lepas.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan 27 Apri sebagai hari penamaan calon PRK Sandakan, 7 Mei bagi har mengundi awal, dan 11 Me sebagai tarikh mengundi.

Kerusi Parlimen Sandakan kosong susulan kematian Ahl Parlimen Datuk Stephen Wong Tien Fatt dari DAP, yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Sabah, para 28 Mac lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia