Utusan Borneo (Sarawak)

27 ahli Kadet Bomba jayakan ekspedisi daki Gunung Serapi

-

27 ahli Kadet Bomba dari tiga buah sekolah sekitar Kuching telah menyertai ekspedisi mendaki Gunung Serapi di Kuching, baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbar, ahli Kadet Bomba dari tingkatan satu hingga lima itu adalah dari Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Kuching High, SMK Seri Setia dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuching.

Ekspedisi itu diketuai Pengerusi Persatuan GuruGuru Kadet Bomba Kuching Aldous Jeris bersama 14 guru penasihat dan jurulatih kadet dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan.

Ekspedisi diadakan antara lain bertujuan meningkatk­an daya tahan fizikal serta membentuk jati diri dalam kalangan ahli.

“Pendakian ke Gunung Serapi bermula jam 8.30 pagi selepas sesi taklimat keselamata­n disampaika­n kepada semua peserta.

“Tujuan aktiviti pendakian ini dibuat adalah untuk menyuburka­n budaya sihat dan pada masa sama, meningkatk­an semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan pelajar, guru serta pihak luar seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak khasnya Balai Bomba dan Penyelamat Padungan,” katanya.

Aldous melahirkan rasa syukur kerana aktiviti pendakian tersebut berjaya dilakukan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Dengan kejayaan itu tambahnya lagi, pasti akan menjadi pengalaman berharga untuk peserta terutama pelajar terbabit melakukan apa jua aktiviti yang memerlukan daya tahan yang tinggi.

Beliau menaruh harapan agar lebih ramai lagi Kadet Bomba dari sekolah lain dalam daerah Kuching dapat merancang aktiviti seumpamany­a pada masa akan datang.

Turut sama menyertai ekspedisi mendaki Gunung Serap itu ialah Pegawai Latihan Bala Bomba dan Penyelamat Padungan, Mohammad Ismai Assan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia