Utusan Borneo (Sarawak)

MEDAN KAYU PENGUKUR KEMAMPUAN ATLET

Sukan Arafura 2019 di Darwin, Australia sebagai persediaan atlet Sarawak menghadapi SUKMA 2020

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sukan Arafura 2019 yang bakal berlangsun­g di Darwin, Australia mulai 26 April hingga 4 Mei depan sebagai landasan pendedahan terbaik kepada atlet-atlet Sarawak bagi persediaan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA 2020) di Johor.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kejohanan dwitahunan itu juga menjadi medan kayu pengukur kemampuan atletatlet Sarawak ketika berentap dengan atlet-atlet dari 40 negara lain.

“Kejohanan ini menjadi pendedahan berguna kepada atlet-atlet kita terutamany­a sebagai persiapan SUKMA di Johor tahun depan.

“Saya mengharapk­an semua atlet Sarawak memberikan persembaha­n terbaik. Kita tidak menetapkan sasaran pingat spesifik kerana tidak tahu kekuatan atlet dari negara-negara lain.

“Namun, jika kita mampu menaiki podium ia satu pencapaian yang cukup baik untuk atlet-atlet kita,” katanya pada majlis penyerahan bendera kepada kontinjen Sarawak di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya di sini semalam.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan.

Abdul Karim berkata,

Kejohanan ini menjadi pendedahan berguna kepada atlet-atlet kita terutamany­a sebagai persiapan SUKMA di Johor tahun depan.

Datuk Abdul Rahman Hamzah

Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan

Sarawak menghantar seramai 26 atlet yang bakal bertanding dalam acara renang, olahraga dan skuasy.

Atlet-atlet olahraga ialah Kong Chin Poh, Ngu Ing Biao, Ailenna Thipong, Vincent Lau, Michelle Wong, Jonah Chang, Grace Wong dan Mandy Goh.

Manakala adik-beradik Hii Puong Hou, Hii Puong Wei, Zachary Tan, Job Tan, Ryan Yii dan Aden Yii akan bertanding dalam acara renang.

Dua lagi peserta iaitu Nanthan Kueh dan Chloe Chieng bersaing dalam acara skuasy.

Sarawak dan Sabah dijemput khas oleh penganjur semasa Sukan BIMP-EAGA di Brunei pada 2018 untuk turut pada temasya itu termasuk Malaysia.

“Selain itu, pasukan bola tampar lelaki dan wanita Sarawak juga akan mewakili Malaysia pada kejohanan sama termasuk sukan pingpong.

“Ini menjadikan senarai sukan yang akan disertai atletatlet Sarawak di Darwin ialah olahraga, renang, skuasy, bola tampar dan pingpong,” katanya.

Menurutnya, barisan atlet yang terlibat diyakini mampu memberikan saingan kepada atlet-atlet negara lain malah berpotensi menjadi atlet kebangsaan suatu hari nanti.

Untuk rekod, Sarawak mula menyertai temasya sukan dwitahunan itu sejak 1997.

Edisi kali ini disertai seramai 1,500 atlet dari 40 negara iaitu American Samoa, Australia, Austria, Bangladesh, Brunei, Kemboja, China, Taiwan, Kepulauan Cook, Republik Chech, England, Persekutua­n Micronesia, Fiji, Perancis, Great Britain, Guam, Hungary, India, Indonesia dan Israel.

Kazakhstan, Kiribati, Macau, Malaysia, Malta, Kepulauan Marshall, Mongolia, Nauru, Nepal, New Caledonia, New Zealand, Nigeria, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Romania, Samoa, Singapura, Kepulauan Solomon, Thailand Timor-Leste, Tonga, Turki Tuvalu, Ukraine, Emiriah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Uzbekistan, Vanuatu dan Vietnam.

Sebanyak 17 acara sukan dipertandi­ngkan iaitu olahraga, badminton, bola keranjang, bola keranjang 3 lawan 3 Pro Hustle, bola tampar pantai, tinju, bola sepak, bola tampar dewan muaythai, bola jaring, perahu layar, sepak takraw, skuasy renang, pingpong, tenis dan angkat berat.

Ketua Pegawai Eksekuti Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Dr Ong Kong Swee dan Pengurus Bahagian Pembanguna­n Sukan PSS, Ahmad Rodzli Hashim bertindak selaku Ketua Kontinjen dan Penolong Kontinjen Sarawak.

 ??  ??
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SEMOGA BERJAYA: Abdul Karim (tengah) bersama Snowdan (tiga kanan), Ong (dua kiri), pegawai PSS, barisan jurulatih dan atlet pada majlis penyerahan bendera negeri di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya, Kuching semalam.
— Gambar Chimon Upon SEMOGA BERJAYA: Abdul Karim (tengah) bersama Snowdan (tiga kanan), Ong (dua kiri), pegawai PSS, barisan jurulatih dan atlet pada majlis penyerahan bendera negeri di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya, Kuching semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia