Utusan Borneo (Sarawak)

Sekolah Cina tidak dipinggir

Keperluan tambah baik prasarana pendidikan, sukan sentiasa diberi perhatian serius

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Keperluan menambah baik prasarana pendidikan dan sukan untuk sekolah aliran Cina di daerah ini sentiasa diutamakan dan diberi perhatian serius melalui peruntukan Kerajaan Sarawak setiap tahun.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, meskipun bidang pendidikan merupakan tanggungja­wab kerajaan persekutua­n, Kerajaan Sarawak turut membantu menyokong pendidikan di ini termasuk untuk sekolah aliran Cina.

Jelasnya, peruntukan RM5 juta di bawah Projek Tranformas­i Luar Bandar (RTP) yang diagihkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sarawak setiap tahun turut digunakan untuk menyediaka­n dan melaksana projek di semua sekolah termasuk sekolah Cina.

“Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong dan membantu mengangkat bidang pendidikan dengan memberi penekanan terhadap naik taraf dan membantu sekolah termasuk sekolah aliran Cina,” katanya pada penyerahan gelanggang bola keranjang di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Yuk Hin Limbang di sini, semalam.

Turut hadir wakil Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Patrick Lukong, Guru Besar SJK Yuk Hin Sze Lee Ping, Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Teo Ho Hin dan tetamu lain.

ADUN Bukit Kota itu berkata, untuk Limbang dua sekolah aliran Cina iaitu SJK Yuk Hin dan SJK Chung Hwa sentiasa dibantu melalui projek

Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong dan membantu mengangkat bidang pendidikan dengan memberi penekanan terhadap naik taraf dan membantu sekolah termasuk sekolah aliran Cina.

Dr Abdul Rahman Ismail Menteri Muda Pertanian

pembinaan infrastruk­tur asas.

“Untuk SJK Yuk Hin Kerajaan Sarawak membelanja­kan RM250,000 di bawah RTP 2018 bagi projek pembinaan gelanggang sukan bola keranjang.

“Dengan adanya kemudahan sukan ini, ia dapat memberi manfaat kepada warga sekolah menjalanka­n aktiviti sukan yang diminati kaum Cina di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitah­u bahawa lebih RM1.5 juta sudah dibelanjak­an untuk projek menaik taraf dan membina kemudahan dalam dan luar SJK Chung Hwa sejak beberapa tahun lepas.

Malah katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) turut memperuntu­kkan RM50,000 bagi kerja baik pulih sebuah kelas di SJK Chung Hwa yang terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat awal tahun ini.

“Kita juga akan memperuntu­k RM50,000 di bawah projek kecil luar bandar untuk membantu membaik pulih sebuah kelas yang rosak akibat kebakaran itu,” ujarnya.

Dr Abdul Rahman optimis dengan adanya kemudahan sukan untuk pelajar akan dapat melahirkan golongan itu yang bukan saja cemerlang dalam bidang akademik malah dalam kokurikulu­m dan sukan.

 ??  ??
 ??  ?? KEMUDAHAN SUKAN: Dr Abdul Rahman (tiga kiri), Teo (dua kiri) Sze (kanan) bersama tetamu lain pada penyerahan gelanggang bola keranjang SJK Yuk Hin semalam.
KEMUDAHAN SUKAN: Dr Abdul Rahman (tiga kiri), Teo (dua kiri) Sze (kanan) bersama tetamu lain pada penyerahan gelanggang bola keranjang SJK Yuk Hin semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia